Khamis, 28 Mac 2024

NAK RAYA


NAK RAYA

KHAMIS 28 MAC 2024
HARI INI CUTI UMUM
HARI INI GAJI DAH DAPAT
SEMUA BERSEDIA NAK RAYA

MALAM KEMARIN
GUA MAKAN MALAM
DI KAMPUNG BARU
LEPAS MAKAN MALAM
GUA ZIARAH CAFE MASA
DI LORONG RAJA BOT

CAFE TAK RAMAI PELANGGAN
TARAWIH BELUM SELESAI
LEPAS MINUM
KAMI RANCANG NAK TENGOK
JALAN TAR
HA HA HA
SESAK SESAK
PENUH SESAK
MAK CIK KAKAK ABANG ADIK
SEDANG MENCARI PAKAIAN
UNTUK RAYA

GUA SUKA SUASANA INI
AMBIANCE INI MENAMBAH
CERIA RAYA KITA
INI SEBAHAGIAN DARI
ISLAM BUDAYA
PETANG BAZAR RAMADAN
CARI KUIH LAUK PAUK
MALAM DI JALAN TAR
DI JALAN MASJID INDIA
CARI PAKAIAN UNTUK RAYA
KAH KAH KAH

PROJEK NAK LALU
DI JALAN TAR
DIBATAL
JEM GILA
AMIN

PBB
JIKA ISREAL 
SEKAT MAKANAN SEBAGAI SENJATA
MAKA PBB KATA
INI ADALAH JENAYAH PERANG

RUSIA
JUMLAH KEMATIAN
DALAM KES SERANGAN PENGGANAS
DI DEWAN MUZIK DI MOSCOW
 BERTAMBAH
ADA 100 ORANG LAGI
BELUM DITEMUI

THAILAND
PARLIMEN LULUS
 UNDANG UNDANG
BENAR KAWIN SEJENIS
400 DARI 415 YB
SOKONG BIL INI
AMIN

HOKKIEN
PAGI INI LAGI BANYAK KERETA
DARI KEMRIN
MERCUN KEDENGARAN DISANA SINI
ASAP BERKEPUL 
KERTAS SEMBAHYANG DI BAKAR

KERTAS DUIT UNTUK BELANJA
DI SYURGA DAN NERAKA
DI TABUR ATAS MAKAM

GUA DAKI BUKIT
IKUT LERANG HUTAN
SEMPADAN LE CHATEAU
DENGAN HOKKIEN
DENAR JUGA BURUNG BERLAGU
ENTAH BURUNG APA

MATA HARI TAK NAMPAK
KL DAN KL SENTRAL BERJEREBU
PANAS DAN HUJAN SEKEJAP KEMARIN
TIDAK MEMBERSIHKAN DEBU KOTA

HARI INI  AKAN PANAS
JIKA HUJAN PETANG
MALAM JADI SEJUK
DAN NYAMAN

BRO
SENYUM
CERIA DI PAGI KHAMIS

BRO
BILA LU BERCAKAP
CAKAP JELAS DAN TERANG

BRO
JANGAN PUTUS ASA
LU BOLEH TERUSKAN KERJA ITU
WALAU PUN LU LAMA  INGAT
TAK MUNGKIN

BRO
JIKA PERKARA ITU
LU TAK SUKA
ORANG LAIN JUGA
TAK SUKA PERKARA
YANG SAMA

BRO
GALI LUBANG JAMBAN DULU
SEBELUM LU BERAK

BRO
BILA LU ADA MASALAH
KETAWAKAN MASALAH ITU
ORANG LAIN PUN
BUAT YANG SAMA

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERCUTI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan