Sabtu, 23 Mac 2024

PERJUANGAN MELAWAN KK MART BELUM SELESAI


Isu KK Mart: Teguran Allah untuk umat Islam perkasa BMF – NGO

MELAKA – Kontroversi dicetuskan KK Mart adalah peringatan Allah supaya umat Islam di negara ini memperkasakan lagi usaha menyokong produk Muslim tempatan dan luar negara di bawah kempen Buy Muslim First (BFM).

Pengerusi Muafakat Ummah Melaka, Mohamad Ali Mohamad berkata, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu akan mengadakan perbincangan meja bulat bersama lebih 30 NGO Islam di seluruh negara untuk tujuan itu.

“Pada saya, kes KK Mart ini merupakan satu peringatan diberikan Allah supaya umat Islam boleh bersatu dalam membentuk ruang ekonomi mampan yang membanggakan masyarakat Islam di negara ini.

“Rakyat sebenarnya dah sedar, kita berikan banyak ruang dan faedah kepada orang bukan Islam tetapi akhirnya mereka tidak memberikan penghormatan kepada kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media boikot KK Mart di Baitul Tariq, Klebang di sini malam tadi.

Pada 13 Mac lalu, tular di media sosial stoking kalimah Allah yang dijual di KK Mart Bandar Sunway, Selangor selepas gambar produk itu dimuat naik pengguna.

Susulan itu, pengurusan KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd (KK Mart) memohon maaf berhubung video dan gambar tular berkaitan penjualan stoking itu di beberapa cawangan kedai serbaneka 24 jam itu.

Permohonan maaf itu bagaimanapun menimbulkan rasa tidak puas hati dalam umat Islam di negara ini dan mendesak pihak berkuasa mengenakan tindakan tegas sebagai pengajaran pihak yang sering menyentuh sensitiviti agama Islam di negara ini.

Mengulas lanjut Mohamad Ali berkata, usaha memboikot KK Mart atas tindakannnya yang menyentuh isu sensitif 3R (kaum, agama dan institusi raja) tidak boleh terhenti malah perlu diteruskan  sebagai pengajaran kepada pihak lain.

“Kita nak lihat usaha boikot ini bukan sahaja dilakukan individu, malah semua NGO, pihak bertanggungjawab yang akhirnya menyaksikan mungkin 20 tahun akan datang banyak pasar raya wujud dalam kalangan peniaga Islam.

“Ada banyak sebenarnya kedai serbaneka 24 jam milik orang Islam seperti KK Mart dan mungkin kita boleh manfaatkan rangkaian premis ini, ambil pengalaman dari mereka,” katanya.

TERUSKAN

PERJUANGAN

MELAWAN KK MART

BELUM SELESAI

AMIN 

TANGKAP 

IKAN BILIS

 TAK CUKUP

KHALAS


Tiada ulasan:

Catat Ulasan