Lapan premis ‘sundal malam’ digempur, 12 individu dicekup
KUALA LUMPUR – Sebanyak lapan premis yang terlibat dalam aktiviti pelacuran di sekitar Jalan Petaling, di sini, diserbu polis pada petang Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, serbuan itu dilakukan selama dua jam bermula jam 4 petang bertindak atas maklumat risikan yag dijalankan pasukannya.
Katanya, hasil serbuan di premis-premis berkenaan memuat tangkapan ke atas 12 individu warga tempatan yang terdiri daripada empat lelaki dan lapan wanita.
“Siasatan mendapati, lapan wanita itu disyaki terlibat dalam aktiviti persundalan dengan melacur diri bertempat di premis tersebut.
“Pemeriksaan lanjut dalam serbuan itu berjaya membantu polis merampas 89 keping kondom, tujuh gel pelincir, tisu gulung (27), tiga buah buku catatan dan wang tunai berjumlah RM500 disyaki hasil aktiviti tidak bermoral itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Tambah beliau, kesemua individu yang ditahan polis berusia antara 25 hingga 49 tahun.
Katanya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 372B dan Seksyen 373 Kanun Keseksaan.
“Kesemua individu yang ditahan itu direman selama empat hari bermula Jumaat hingga 11 Mac ini bagi tujuan siasatan lanjut.
“Pihak polis meminta orang ramai untuk memberi kerjasama dan menyalurkan maklumat berhubung sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang.
“Maklumat boleh disalurkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di talian 03-26002222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” kata beliau. –
Gue ingat ini ketua polis baru pulih dari koma agaknya. Tak payah minta maklumat dari orang awam, anggota awak sendiri lagi banyak maklumat tempat-tempat ni. Lubuk duit bagi mereka, kalau tak macammana nak pakai honda dan velfire.
BalasPadamtt..siar komen aku ni!!!