Ahad, 17 Mac 2024

SAUDI KINI BERUBAH


Arab Saudi Laksana Peraturan Baharu Pada Bulan Ramadan? Benar Ada

Masyarakat Arab Saudi menyambut bulan Ramadhan dengan satu arahan baru dari Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman (MBS) iaitu larangan buka puasa di masjid, lapor LiveMint.

Dalam langkah yang bertujuan untuk menjaga kebersihan persekitaran masjid, MBS telah mengeluarkan larangan untuk tidak buka puasa di dalam masjid sepanjang bulan Ramadan.

Larangan ini disampaikan oleh Kementerian Hal Ehwal Islam Arab Saudi minggu lalu melalui beberapa siri arahan kepada pekerja masjid di seluruh negara.

Arahan tersebut juga menghendaki agar imam dan muazin tidak mengutip derma kewangan untuk mengadakan majlis berbuka puasa di dalam masjid.

“Kementerian menekankan kepada imam dan muazin di pelbagai wilayah kerajaan untuk tidak mengutip derma untuk acara berbuka puasa dan acara lain,” jelas arahan tersebut.

Selain itu, dalam usaha untuk memastikan kebersihan tetap terjaga, arahan tersebut menyatakan bahawa acara berbuka puasa sepatutnya tidak boleh dijalankan di dalam masjid.

Sebaliknya, tempat yang sesuai harus disediakan di halaman masjid tanpa menggunakan bilik sementara, khemah, atau struktur sementara lainnya.

Langkah ini menunjukkan komitmen Arab Saudi dalam memastikan kebersihan dan keselamatan masyarakat Islam semasa mereka menyambut bulan Ramadan yang suci.

Meskipun larangan ini mungkin mengecewakan beberapa orang yang biasa berbuka puasa di dalam masjid, ia merupakan langkah yang diperlukan untuk melindungi kesejahteraan dan kesihatan umum.



SAUDI KINI

MAKIN BERUBAH

NAK SAMA

MACAM NEGARA

MAJU

AMIN


Tiada ulasan:

Catat Ulasan