Rabu, 13 Mac 2024

TAHUN INI TAKDA MENU RAHMAH ?




Makanan, minuman di bazar Ramadan naik harga

KUALA LUMPUR –  Harga makanan dan minuman yang dijual bazar Ramadan di Tasik Permaisuri berhampiran Stadium Kuala Lumpur didapati meningkat antara RM1 hingga RM5  berbanding tahun lalu.

Meskipun ada kenaikan namun ia tidak menjejaskan jumlah pengunjung di bazar Ramadan untuk membeli juadah berbuka puasa.

Penjawat awam, Mohd Azizi Yusof, 44, berkata, walaupun harga makanan naik tetapi masih lagi memadai.

“Memang harga naik sekitar RM1 dan RM2 tetapi saya ke sini untuk menyokong peniaga yang menjual.

“Pada saya, naik RM1, RM2 masih boleh diterima,” katanya.

Sementara itu, seorang pengunjung, Nurul Shahizan, 28, mengakui kenaikan harga jualan harga di bazar Ramadan kali ini.

“Kalau dulu air satu cawan mungkin RM1, selepas itu RM2  tapi sekarang satu bungkus paling murah kita boleh jumpa RM5. Jadi memang terasa kenaikan.

“Sekarang kuih-muih pun sudah dibungkus. Paling murah mungkin RM4, ada yang sampai RM6,” katanya.

Bukan sahaja pembeli sahaja yang mengeluh dengan kenaikan itu tetapi penjual air balang, Wan Muhammad Azayhem Jamaluddin, 31, mengakui bisnesnya sedikit terganggu kerana barang terlampau mahal.

Oleh itu, dia tidak ada pilihan lain kecuali terpaksa menaikkan harga airnya.

“Contoh macam susu, gula. Dulu tahun lepas kami jual RM4, tapi tahun ini kami memang tak dapat jual RM4.

“Hampir setiap barang mengalami kenaikan dan kami tiada pilihan,” ujarnya.

Bagaimanapun, seorang peniaga kuih, Abdul Samad Mohd Said, 53, masih mengekalkan harga jualan kuih pun berdepan dengan kenaikan harga bahan mentah.

“Saya jual ikut harga semasa, harga pun dari RM2.50, tetap RM2.50 sahaja. Ikut harga kasih sayanglah orang kata.

“Kalau nak diikutkan terkesan juga, tapi dah kita jual. Kalau tinggi takut orang tak nak beli pula sebab, tak mampu,” jelas beliau.

Sementara itu, peniaga ikan bakar, Tome Tang, 48, mengakui tahun ini dan tahun lepas mempunyai sedikit perbezaan daripada segi harga.

Menurut beliau, walaupun ikan yang dijual mengalami kenaikan harga, dia masih menjaga kualiti ikan.

“Kita jual mengikut harga pasaran. Kalau pasaran tu naik, kita pun akan naik. Kita bukan suka-suka nak naikkan harga

“Namun, jika ada pelanggan merungut tentang kualiti ikan yang tidak baik, kami akan memulangkan kembali duit pelanggan. –




APA JADI DGN

MENU RAHMAH

AMIN

BAZAR RAMADAN

TETAP DIRAYAKAN

AMIN

INI IMAN

ISLAM BUDAYA

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan