Khamis, 21 Mac 2024

UMNO PERLU JUAL STOKIN


Stoking kalimah Allah : UMNO tak menegah saya bersuara – Akmal

NIBONG TEBAL – “Tak ada satu words (perkataan) daripada Presiden UMNO (Zahid Hamidi) menegah apa yang saya buat (lantang bersuara isu stoking tertera kalimah Allah,”.

Demikian tegas Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Salleh ketika diminta mengulas mengenai gesaan pelbagai pihak agar beliau tidak terlalu lantang dalam isu penjualan stoking kalimah Allah.

Jelas Akmal, sudah acap kali beliau mengulangi pendirian bahawa isu yang dibangkitkan itu bukan untuk mencari ‘mileage’ politik tapi lebih kepada tanggungjawab seorang muslim untuk membela agama daripada dihina.

“Hari ni saya jumpa presiden (Ahmad Zahid) dan beliau tak cakap apa-apa malah hubungan kami sangat baik.

“Bukan setakat itu, kami (Pemuda UMNO) dapat mesej daripada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) menyatakan sokongan, jadi saya rasa kita berada di track (landasan) betul dan paling penting ini yang rakyat mahukan.

“Jadi sudah tentu siapa nak halang saya (pihak luar) takkan mampu untuk berbuat sedemikian kerana parti saya (UMNO tak halang saya untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Sementara itu, ketika diminta mengulas kelantangan beliau mengeruhkan hubungan antara gabungan Kerajaan Perpaduan, Akmal menegaska, ketegangan itu timbul bukan disebabkan beliau.

“Isu stoking tertera kalimah Allah ini bukan isu perkauman dan Parti DAP yang jadikannya isu kaum.

“Selama ini kami (Pemuda UMNO) cakap antara KK Mart dengan umat Islam dan permintaan lebih kepada boikot KK Mart bukan boikot agama dan bangsa.

“Tapi bila Anthony Loke (Setiausaha Agung DAP) tanya semalam, kalau orang Melayu lakukan adakah saya akan buat perkara sama? Jadi saya dah jawab bahawa akan lakukan perkara sama malah akan boikot lagi teruk.

“Jadi DAP jangan timbulkan isu perkauman kerana ini bukan isu kaum sebaliknya lebih kepada bagaimana umat Islam menentang mereka yang menghina agama sekali gus menunjukkan solidariti bersama agar isu sama tidak berulang,” katanya.

Tambah Akmal, formula dalam isu sebegini mudah iaitu jangan sentuh agama Islam, bangsa Melayu, Raja-Raja Melayu dalam apa keadaan sekali pun.

“Jadi saya nak nasihat you (awak) kena jaga sensitiviti, you tak sentuh agama Islam, orang Melayu maka Pemuda UMNO tak sentuh kamu,” tegasnya. – 

WOIT

KAH KAH KAH

GEROMBOLAN

PERLU JUAL

STOKIN

KAH KAH KAH

UNTUK KEMBALIKAN

SOKONGAN MELAYU

AMIN

JUAL STOKIN 

PELUANG TERBAIK

UNTUK TIBAI DAP

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan