Selasa, 23 April 2024

AL- FATIHAH - SALAM TAKZIAH


Agong, Permaisuri amat sedih 10 wira negara terkorban




KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah amat sedih atas kehilangan wira-wira negara dalam nahas dua helikopter di Lumut, Perak hari ini.

Baginda berdua turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan mendoakan agar roh mereka ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.

“Saya dan Raja Zarith berasa amat sedih di atas kehilangan wira-wira negara dalam tragedi ini. Al-Fatihah dan salam takziah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan juga para syuhada,” titah baginda dalam satu hantaran di Instagram 


Sultan Selangor dukacita kehilangan 10 kru TLDM

KUALA LUMPUR – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dukacita dengan tragedi helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia yang terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak pagi tadi.

Apatah lagi ia berlaku pada bulan Syawal dan semasa ulang tahun ke-90 TLDM.

“Beta juga ingin menyampaikan ucapan takziah kepada waris dan keluarga anggota TLDM yang terkorban dan berharap semoga mereka tabah menghadapi dugaan ini,” titah baginda yang juga Kapten Yang Dipertua TLDM.

Sultan Selangor menyifatkan kematian 10 anggota TLDM itu merupakan satu kehilangan besar untuk TLDM dan Malaysia,” titah baginda dalam satu hantaran melalui Facebook.

Baginda turut menzahirkan ucapan takziah kepada waris dan keluarga anggota TLDM yang terkorban dan mendoakan mereka tabah menghadapi dugaan ini.

“Beta amat menghargai jasa, bakti dan pengorbanan anggota TLDM yang gugur semasa bertugas dan semoga roh mereka aman serta dicucuri rahmatNya,” titah baginda lagi. – 

Negara dukacita tragedi nahas helikopter TLDM – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas helikopter di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, hari ini.

Menurut beliau, negara berdukacita dengan tragedi yang menyayat hati dan meruntun jiwa itu.

“Tragedi ini meninggalkan kesan yang mendalam kepada keluarga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan merupakan satu kehilangan besar buat negara.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan