Sabtu, 13 April 2024

ALAS KAKI KALIMAH ALLAH PROJEK SAPA ?



Belum selesai isu stoking dan kasut, kecoh pula isu alas kaki gambar Kaabah! Dijual di pasar raya Johor

SELEPAS isu stoking dan tapak kasut yang didakwa menghina agama Islam gara-gara tertera kalimah Allah, terbaharu kecoh pula dengan penjualan alas kaki dengan gambar Kaabah di sebuah pasar raya di Batu Pahat, Johor.

Susulan aduan orang awam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) bertindak merampas 11 alas kaki dari pasar raya berkenaan, sehari sebelum Aidilfitri, baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, pasar raya berkenaan juga sudah dipanggil bagi memberi kenyataan selain diberi amaran supaya lebih berhati-hati terhadap produk jualan yang tidak menyentuh sensitiviti masyarakat.

"Sebenarnya tindakan pemeriksaan dan pemantauan sudah dibuat sehari sebelum Aidilfitri susulan aduan awam, selain ia tular di media sosial.

"Hasil pemeriksaan, 11 unit alas kaki dengan gambar Kaabah itu sudah dirampas dengan pemantauan juga masih berterusan di seluruh negeri ini," ujarnya.

Menurut beliau, kenyataan tidak dikeluarkan sebelum ini bagi menghormati sambutan Aidilfitri selain meredakan kerisauan awam.

Terdahulu, seorang pelayar media sosial meluahkan rasa terkejut selepas mendapati alas kaki yang dijual di sebuah pasar raya mempunyai gambar Kaabah.

"Ingatkan sejadah sebab ada gambar Kaabah, tapi rupanya alas kaki untuk lap kaki," demikian tulisnya.

Perkongsian individu berkenaan di laman sosial kemudiannya menjadi tular dengan rata-rata warga maya meluahkan rasa kesal terhadap tindakan segelintir pihak yang didakwa tidak peka dengan sensitiviti agama Islam.


EPISUD

KALIMAH ALLAH

INI PROJEK SAPA?

AMIN

SAPA YG SUSUN

SAPA YG ATUR

AMIN

MUSTAHIL IANYA

TERJADI SENDIRI

TANPA DIRANCANG

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan