Selasa, 16 April 2024

AMERIKA BERI AMARAN PADA ISRAEL


Israel diberi amaran fikir teliti sebelum bertindak balas ke atas Iran

WASHINGTON – Presiden Joe Biden telah memberi amaran kepada Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu untuk “berfikir dengan teliti” tentang risiko peningkatan konflik antara Tehran dan Tel Aviv.

Iran melancarkan serangan dron dan peluru berpandu ke atas Israel lewat malam Sabtu, sebagai tindakan balas terhadap serangan di Damsyik awal bulan ini yang mengorbankan beberapa komander Iran.

Sumber berkata, Biden membuat kenyataan “sangat jelas” kepada Netanyahu semasa perbualan telefon mereka pada lewat Sabtu.

“Matlamat kami adalah untuk mengurangkan konflik serantau. Kami tidak mahu konflik serantau yang lebih luas,” kata seorang pegawai Amerika Syarikat (AS).

Sebagai jawapan kepada soalan sama ada AS akan mengambil bahagian dalam serangan balas Israel selepas serangan semalaman Iran, pegawai itu berkata: “Kami tidak akan membayangkan diri kami mengambil bahagian dalam tindakan sedemikian”.

Seorang pegawai kanan tentera AS berkata, kapal-kapal AS yang berpangkalan di Easter Mediterranean, USS Arleigh Burkey, dan USS Carney, memusnahkan antara empat dan enam peluru berpandu balistik Iran semasa serangan itu.

Menurutnya, pesawat negara itu memintas lebih daripada 70 dron Iran dan peluru berpandu jelajah menuju ke arah Israel, selari dengan komitmen AS terhadap pertahanan Israel.

Terdahulu pada hari Ahad, Keselamatan Negara White House menegaskan AS tidak mahu memanjangkan konflik serantau. – Agensi

BIDEN BUKAN

TAK MAHU PERANG

TAPI TAKUT KALAH

KERUSI PRESIDEN

AMIN

RAKYAT AMERIKA 

KINI ANTI ISRAEL

SOKONG GENCATAN

SENJATA

AMIN

TRUMP TUNGGU

PELUANG NAK

TIBAI BIDEN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan