Jumaat, 26 April 2024

ANWAR AKAN SAMAN BLOOMBERG ?


Mereka yang disebut dalam laporan kasino akan ambil tindakan, kata Anwar

PIHAK yang disebut dalam laporan Bloomberg semalam berkenaan rancangan pembinaan kasino kedua di Forest City akan mengambil tindakan terhadap laporan yang tidak tepat itu, kata Anwar Ibrahim.

Perdana menteri berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan akan meminta penarikan semula daripada Bloomberg atau meneruskan tindakan undang-undang terhadap agensi berita yang berpangkalan di New York itu.

“Mereka yang disebut mesti mengambil tindakan yang sewajarnya. Mereka akan (mengambil tindakan),” katanya ringkas kepada pemberita selepas menghadiri satu majlis di Sepang hari ini, lapor The Star.

Semalam beliau menyifatkan laporan itu sebagai satu pembohongan.

Beliau berkata berita mengenai lesen kasino adalah “pembohongan” dan “tidak betul”.

Awal hari ini Berjaya Corporation Bhd menafikan laporan pengasasnya Vincent Tan terlibat dalam perbincangan dengan Anwar untuk membuka kasino di Forest City, Johor.

Syarikat itu berkata laporan oleh The Edge Singapore dan Bloomberg semalam memasukkan maklumat tidak tepat yang menyalah gambarkan penglibatannya dalam perbincangan dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung projek itu.

“Kami ingin menjelaskan dengan jelas Vincent Tan tidak mengambil bahagian dalam sebarang perbincangan sedemikian dan menyangkal dakwaan tidak tepat yang dibentangkan dalam artikel itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Syarikat itu menggesa kedua-dua penerbitan untuk memuat naik penjelasan dan menghapuskan kandungan mengelirukan daripada artikel yang dipersoalkan.

Laporan Bloomberg semalam berkata Malaysia sedang dalam perbincangan awal dengan taikun untuk membuka kasino di Forest City dalam usaha memulihkan projek bernilai RM478 bilion itu.

Memetik sumber, ia berkata Anwar bertemu dengan Tan dan Kumpulan Genting Lim Kok Thay minggu lepas di Johor.

Sementara itu Ahli Parlimen Pasir Gudang dari PKR Hassan Abdul Karim berkata walaupun Anwar menafikan laporan itu, kerajaan mesti menulis surat bantahan rasmi kepada Bloomberg untuk menggesa mereka tidak mengulangi pembohongan mereka.

“Apa tujuan laporan Bloomberg yang palsu itu? Adakah Bloomberg ada niat jahat sengaja untuk mencalar imej Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri Malaysia?” soalnya di Facebook.

Tambahnya, laporan Bloomberg juga secara tidak langsung memfitnah Yang diPertuan Agong Sultan Ibrahim. – 26 April 2024.

SOALAN BUKAN

PADA MEREKA  

UNTUK SAMAN

AMIN

APAKAH ANWAR

SENDIRI AKAN

SAMAN BLOOMBERG

KAH KAH KAH

 JANGAN SAMAN

HARI SELASA

KAH KAH KAH

ATAU INI PROJEK

ZIONIS NAK TIBAI

ANWAR

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan