Rabu, 10 April 2024

CASH IS KING


Banyak bantuan belum tentu dapat pikat hati pengundi, kata penganalisis


LANGKAH menjadikan Pangkalan Data Utama (Padu) sebagai komponen untuk menyampaikan subsidi bersasar belum tentu akan meningkatkan sokongan pengundi terhadap parti-parti dalam kerajaan perpaduan, kata penganalisis politik.

Penganalisis percaya pengundi yang tergolong dalam kategori miskin, terutamanya dari negeri-negeri majoriti Melayu, akan terus setia kepada parti mereka walaupun kerajaan menyalurkan lebih banyak bantuan kewangan.

Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisomudin Bakar berkata, walau berapa banyak pun bantuan disalurkan belum tentu usaha kerajaan itu akan berjaya mempengaruhi pengundi ini supaya mengalih sokongan kepada parti-parti yang membentuk kerajaan perpaduan.

“Kerajaan berharap Padu akan membuahkan hasil, rakyat akan menghargainya dan memberi peluang kepada mereka untuk terus memerintah sepenggal lagi.

“Tetapi saya bimbang kerana perkara sebaliknya boleh berlaku,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Padu adalah sistem yang mengumpul profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap berumur 18 tahun ke atas di Malaysia. Ia bertujuan menjadi sumber utama kerajaan dalam pengagihan subsidi dan penyaluran bantuan secara bersasar.

Sehingga 31 Mac, sebanyak 17.65 juta atau 58.7% keseluruhan profil rakyat termasuk ahli isi rumah bawah 18 tahun berjaya dikemas kini dalam sistem Padu.

Menurut kenyataan dikeluarkan Kementerian Ekonomi pada 1 April, Perlis merekodkan peratusan tertinggi dengan 66.9% diikuti Kelantan (65.2%), Terengganu (62.7%) dan Perak 60.3%.

Bagi negeri-negeri lain, Kedah merekodkan 58.9%, Putrajaya (56.5%), Negeri Sembilan (56.2%), Labuan (55.2%), Melaka (53.0%), Pulau Pinang (52.9%), Sabah (52.8%), Johor (48.4%), Kuala Lumpur (47.6%), Sarawak (46.7%) sementara Selangor tercorot dengan 44.5%.

Mengulas lanjut, Hisomudin berkata hasrat kerajaan mahu memastikan hanya individu yang benar-benar layak menikmati subsidi dan pada masa yang sama mencegah ketirisan mungkin tidak begitu difahami serta diterima dengan baik oleh rakyat.

Keadaan ini boleh berlaku sekiranya penerangan oleh kerajaan tidak begitu meyakinkan, dan pelaksanaan Padu tidak berjalan dengan lancar yang seterusnya akan membawa kepada “bencana”, katanya.

Antara perkara yang membimbangkan rakyat adalah pelasanaan subsidi bersasar untuk bahan api.

Hisomudin berkata jika ia dilaksanakan, subsidi bersasar bahan api akan menyebabkan rakyat teruk terjejas akibat kesan segera ekoran kos sara yang hidup lebih tinggi, yang mana hanya akan dirasai oleh rakyat kumpulan B40 dan M40.

“Abaikan kumpulan T20 kerana golongan ini tidak akan terjejas sangat kerana mereka berkemampuan. Tetapi kumpulan M40, terutamanya penjawat awam, guru, anggota pasukan beruniform, yang majoritinya adalah Melayu, mereka ini antara yang akan terjejas teruk,” katanya.

“Kesan rantaian ekonomi dan pengapungan harga bahan api juga berkait dengan harga komoditi dan inflasi. Pendek kata, langkah ini tidak popular dan berisiko.

“Bagi kumpulan B40, jika sikap mereka masih tidak berubah, maka mereka akan ambil bantuan tetapi tetap terus undi pembangkang.

“Dari sudut politik, ini akan jadi tamparan berganda kepada kerajaan, iaitu harapan untuk mendapatkan undi B40 berkecai, malah mereka juga akan hilang undi M40 dan T20 yang mengundi mereka pada pilihan raya lalu.

“Ini belum lagi mengambil kira usaha pembangkang untuk mengambil kesempatan daripada ‘gelombang’ yang mungkin tercetus ekoran rasa tidak puas hati,” tambah beliau.

Komunikasi lemah

Memetik keputusan pilihan raya tempatan Turkiye, Hisomudin berkata ia jelas menandakan parti pemerintah negara itu sudah hilang cengkaman kuasa dan pengaruh kerana gagal menangani isu-isu rakyat.

Tambah beliau, peningkatan harga barangan, nilai mata wang yang rendah dan inflasi telah menyumbang kepada kekalahan parti pemerintah Turkiye.

“Ini juga boleh berlaku kepada kerajaan perpaduan. Jika komunikasi strategik kerajaan gagal menangani semua kebimbangan dan keraguan rakyat dengan cepat dan berkesan, saya bimbang ini akan mendatangkan masalah.

“Lihat sahaja Padu, ia dikritik oleh Gabungan Parti Sarawak dan ahli Parlimen Tanjung Piai dari Barisan Nasional, yang merupakan parti komponen kerajaan perpaduan.

“Perkembangan ini tidak begitu bagus, dan menunjukkan Sekretariat Kerajaan Perpaduan gagal berfungsi dengan baik dalam menyelaras maklumat dalam kalangan anggota mereka,” kata Hisomudin. – 10 April, 2024.



NAJIB PAKAI

CASH IS KING

KAH KAH KAH

HASILNYA BN

TERBARAI

AMIN

MADANON NAK

GUNA TAKTIK SAMA

BERI DUIT SANA

BERI DUIT SINI

KAH KH KAH

PENGUNDI TAK

AMBIK POT

AMIN

ISLAM MELAYU

TAK PEDULI

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

  1. Memang projek Ali Baba berjaya mengkaya pemimpin kita seluruh, yang dapat projek dapat komisen 20 peratus, baki 80 belum tentu sampai kepada rakyat, apapun 20 peratus cukup mudah untuk menjayakan agenda bangsa agama negara selama ini, kalau seandainya ada masalah boleh wujudkan satu persatu tekanan kepada rakyat dalam bentuk cukai hutang masalah dihadiahkan kepada rakyat, orang kita berjaya mencuri mengkaya diri anak beranak tetapi akan minta rakyat bayar hutang segala rasuah mereka akhirnya atas jasa itu mohon diberikan diskaun mohon diampunkan mohon direhatkan di rumah sebab ruang penjara cukup padat, kah kah kah kalau lembu pun akan belajar balik kandang dengan sendirinya tak payah gembala tak payah sistem kapitalis mengajar lembu lebih cerdik cergas dan menyumbang kepada manusia kah kah kah parasit yang menghisap darah rakyat akan terus memainkan sentimen kaum agama supaya kelangsungan mereka diberi perhatian seluruh negara kah kah kah

    BalasPadam