Selasa, 16 April 2024

DUNIA MENUJU HURU HARA



Israel ikrar balas serangan Iran

NEVATIM AIRBASE – Ketua Staf Angkatan Pertahanan Israel (IDF) Lt. Jeneral Herzi Halevi memberi amaran pada hari Isnin serangan Iran ke atas negara itu “akan disambut dengan tindak balas”.

Komen itu dibuat ketika dia bertemu tentera di Pangkalan Udara Nevatim di selatan Israel di mana empat peluru berpandu balistik Iran mengenai sasaran di kawasan itu dalam serangan lewat malam Sabtu.

“Iran mahu menjejaskan keupayaan strategik negara Israel — itu adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Kami bersedia untuk operasi ‘Perisai Besi’,” katanya seperti dilaporkan The Times of Israel.

Dalam kenyataan video bahasa Inggeris yang berasingan, Halevi berkata, serangan itu telah “mewujudkan peluang baharu untuk kerjasama di Timur Tengah” dan “Iran akan menghadapi akibat daripada tindakannya”.

“Pada hujung minggu lalu, Iran melancarkan serangan besar-besaran ke atas Israel. Lebih 350 peluru berpandu balistik, peluru berpandu jelajah, dron bersenjata, dan roket ditembak dari tanah Iran – serta Iraq, Yaman dan Lubnan – ke arah Israel,” katanya.

“Merentasi langit Timur Tengah — satu gabungan telah diaktifkan untuk menentang serangan ini, menandakan permulaan Operasi IDF: ‘Iron Shield,’” sambung Halevi.

Menurut IDF, serangan Iran termasuk 170 dron, 120 peluru berpandu balistic dan 30 peluru berpandu missiles dengan 99% daripadanya dipintas oleh pertahanan udara Israel.

Iran telah berikrar membalas dendam atas serangan Israel ke atas konsulatnya di Damsyik pada 1 April yang membunuh tujuh pegawai Pengawal Revolusi termasuk dua komander kanan.-



JIKA ISRAEL

MELAWAN MAKA

PERANG AKAN

MEREBAK

AMIN

HIZBOLLAH HOUTI

ISLAMIK JIHAD

TERUS MENYERANG

AMIN

PALESTIN DI JORDAN

DI TEBING BARAT

AKAN ANGKAT

SENJATA

AMIN

AMERIKA EROPAH

& UK MASUK SAMA

AMIN

TIMUR TENGAH

TERBAKAR

EKONOMI DUNIA

KACAU BILAU

AMIN

RUSIA CHINA

BANTU IRAN

AMIN

INI PERANG

DUNIA KE 3

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan