Hanya penguatkuasaan boleh kekang beras tempatan (BPT) hilang di pasaran – Ismail
KUALA LUMPUR – ‘Kehilangan’ beras putih tempatan (BPT) di pasaran yang berlarutan sejak tujuh bulan lalu boleh diatasi sekiranya Kawalselia Padi dan Beras (KPB) melakukan penguatkuasaan berkala ke atas pengilang padi.
Presiden Persatuan Beras Bumiputera Malaysia (BARIM), Ismail Awang berkata, ini kerana agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu boleh menentukan keberadaan BPT di pasaran.
“Punca kuasa untuk menentukan keberadaan BPT ialah KPB. Jika tiada penguatkuasaan di tempat sasaran, sampai bila-bila isu kehilangan BPT di pasaran terus berlaku.
“KPB kena lakukan pemeriksaan di semua kilang padi termasuk dari segi dokumen pembelian padi dan invois pengeluaran beras.
“Ia merangkumi jumlah pengeluaran beras sehari dan senarai pemborong yang membeli beras daripada pengilang atau gudang,” katanya kepada, hari ini.
Ahad lalu, Ketua Pasukan Petugas Pemantauan Kluster Makanan, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal mendedahkan kurang 5 peratus BPT berada di pasaran.
0
Syed Abu Hussin berkata, hasil pemeriksaan mengejut pihaknya di 105 lokasi menjual BPT mendapati hanya lima tempat sahaja masih menjual beras itu pada harga RM26 sekampit.
Dalam pada itu, Ismail tidak menolak kemungkinan kelemahan penguatkuasaan KPB menjadi antara punca utama BPT hilang dari pasaran.
“Kelemahan penguatkuasaan KPB memang berlaku,” katanya.
Ditanya tentang pendedahan Syed Abu kemungkinan BPT hilang kerana dicampur dengan beras import, beliau berkata, perkara itu memang berlaku.
“Saya syak perkara ini didalangi pemilik kilang beras.Tindakan mereka dicurigai apabila pengilang membeli padi daripada pesawah dengan harga RM1,750 satu tan metrik, sedangkan Bernas beli dengan harga RM1,500 satu tan.
“Sudah tentu petani hantar padi ke kilang beras ini. Apabila ini pengilang mendapat bekalan padi yang banyak, sudah tentu mereka tidak menjual beras ini sebagai BPT.
“Oleh kerana pengilang membeli padi pada harga tinggi, mereka terpaksa menjualnya pada harga tinggi dan mengelak daripada menanggung rugi,” katanya. –
Beras tempatan hilang sebab bro mat sabu tak dpt jumpa menteri kewangan yang akan present kepada pmx. Tak dpt appoinment lagi kot.
BalasPadamtokei nakol tak jumpa solsusi keucali naikan harga beras... selagi beras tak naik beras ilang.. naik kan harga beras.. pasti jumpa. kah kah kah..
BalasPadamlagi bes dengar cerita tokey nakol ada bisnes beras.. kah kah kah