Khamis, 18 April 2024

KERAJAAN TITAH MAKIN KACAU


MCA pertimbang bertanding sendiri di KKB, kata sumber

MCA yang kecewa dengan keputusan unilateral Umno untuk tidak bertanding dalam Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Kuala Kubu Baru sedang mempertimbangkan untuk bertanding sendiri di kerusi DUN itu, kata sumber parti.

Sumber terdekat parti berkata kerusi itu sentiasa ditandingi oleh MCA sebagai sebahagian daripada gabungan Barisan Nasional malah menjadi pemegang kerusi itu sehingga ia dimenangi oleh Pakatan Harapan/DAP pada 2013.

Tambahnya parti itu kecewa dengan Ahmad Zahid Hamidi kerana mengisytiharkan BN akan menyerahkan kerusi itu kepada PH.

“Keputusan untuk tidak bertanding dibuat pada mesyuarat majlis tertinggi Umno dan bukan pada majlis tertinggi BN.

“Akar umbi mahu kami bertanding tetapi malangnya Zahid tanpa memanggil majlis tertinggi BN mengumumkan bagi pihak BN mengatakan gabungan itu tidak akan mengambil kerusi itu kerana ia milik PH.

“Itu sebenarnya menyedihkan ramai ahli MCA.

“Kami masih belum membuat keputusan muktamad sama ada untuk bertanding atau tidak tetapi (siapa tahu) kami boleh…,” kata ahli kanan parti itu kepada The Malaysian Insight.

Sumber itu juga berkata Zahid perlu mengadakan mesyuarat majlis tertinggi BN untuk mendengar pendapat parti komponennya sebelum membuat keputusan.

“BN perlu mengadakan mesyuarat untuk berbincang. Mereka kena dengar cakap parti komponen kerana kita (MCA) masih BN.

“Sekiranya selepas perbincangan BN memutuskan untuk membenarkan PH bertanding di KKB atas sebab strategik, maka tidak mengapa.

“Tetapi ia perlu melalui prosedur di mana BN mengadakan mesyuarat majlis tertinggi dan mendengar parti komponen mereka. Kami memerlukan platform untuk bertukar pandangan.

“Kemudian kami juga boleh menjelaskan kepada akar umbi kami mengapa keputusan itu dibuat dan bukannya menyerahkannya kepada PH,” tambah sumber itu.

Bulan lepas selepas mesyuarat majlis tertinggi Umno, Zahid yang merupakan presiden Umno dan pengerusi BN berkata parti itu tidak akan bertanding dalam PRK KKB dan gabungan itu akan menyokong calon yang dikemukakan PH.

Sumber itu menambah Zahid yang juga timbalan perdana menteri harus mendahulukan kepentingan BN berbanding kerajaan perpaduan.

“Ya. Kita faham BN adalah sebahagian daripada kerajaan perpaduan.

“Tetapi sebagai penghormatan kepada BN, beliau sepatutnya memanggil parti komponen untuk bermesyuarat dan berbincang dengan mereka sebelum membuat keputusan,” kata sumber itu.

Ketika ini BN terdiri daripada Umno, MCA, MIC dan PBRS yang berpangkalan di Sabah.

Kerusi KKB di Selangor kosong berikutan kematian Adun DAP tiga penggalnya Lee Kee Hiong pada 21 Mac selepas bertarung dengan kanser.

Hari mengundi akan diadakan pada pada 11 Mei manakala penamaan calon pada 27 April dan hari mengundi awal pada 7 Mei.

Kawasan KKB mempunyai pengundi campuran terdiri daripada 50% Melayu, 30% Cina dan 18% India.

Mengikut daftar pemilih, terdapat lebih 40,000 pemilih berdaftar di KKB. – 18 April, 2024.


WOIT

KAH KAH KAH

KERAJAAN TITAH

MAKIN KACAU

KAH KAH KAH

SENTIMEN ANTI

ZAHID MAKIN LUAS

KAH KAH KAH

CUKONG SUDAH

NAIK MARAH

KAH KAH KAH

KBB BERI PELUANG

PADA PN PULAK

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan