Prestasi Malaysia buruk dalam laporan hak asasi manusia Amnesty International
KERAJAAN Malaysia gagal memenuhi komitmen untuk memperbaharui undang-undang yang menyekat hak kebebasan bersuara, menurut laporan hak asasi manusia Amnesty International bagi tahun 2023 yang diterbitkan hari ini.
Laporan itu juga menyebut Malaysia terus menggunakan undang-undang yang menindas untuk menghentikan kritikan dan menghalang bantahan aman.
Amnesty International seterusnya berkata tindakan punitif terhadap pelarian dan pendatang masih berterusan, termasuk penahanan tanpa batas waktu dan penghantaran pulang yang bertentangan dengan prinsip tiada penghantaran pulang paksa (principle of non-refoulement).
“Lebih banyak kematian dalam tahanan juga direkodkan,” katanya.
Laporan Amnesty International hanya menyebut satu perubahan positif iaitu pemansuhan hukuman mati mandatori yang telah membenarkan seramai 1,020 banduan hukuman mati dan pemenjaraan sepanjang hayat layak mengemukakan permohonan semakan semula.
Laporan yang diterbitkan hari ini merangkumi rekod hak asasi manusia sepanjang tahun pertama pertandbiran kerajaan perpaduan selepas pilihan raya umum Novemver 2022.
Kerajaan perpaduan diterajui Pakatan Harapan, yang sebelum ini berjanji untuk melaksanakan reformasi serta menambah baik situasi hak asasi manusia , termasuk kebebasan bersuara dan menghapuskan undang-undang zalim. – 24 April, 2024.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan