Pemuda UMNO beri Vern’s 24 jam jelaskan isu kalimah Allah di tapak kasut
MELAKA – Isu kedudukan kalimah Allah di tempat tidak sepatutnya terus mendapat perhatian Pemuda UMNO, kali ini dilihat seakan tulisan itu tertera di tapak kasut berjenama pula.
Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, beliau mendapat tahu perkara itu pagi tadi, namun melihatnya dari sudut berbeza dengan isu sama pada stoking dijual KK Mart, 13 Mac lalu.
“Marah memang marah bila terdengar perkara sedemikian, tetapi saya menenangkan diri untuk melihat apakah situasi yang sebenarnya berlaku.
“Apabila saya lihat semula, saya mencari sebanyak mana maklumat mengenai logo di tapak kasut sedemikian dan saya terbaca satu posting memaklumkan ia adalah logo seperti sebuah kasut tumit tinggi dengan talinya sekali,” katanya dalam hantaran di Facebook rasminya, hari ini.
Dr Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau mengaku turut melihat logo itu sama seperti dimaksudkan syarikat berkenaan
“Ada logiknya di situ tetapi apa sekali pun kita mendesak satu penjelasan yang segera dari pihak syarikat Vern’s mengenai isu ini.
“Kami orang Islam di Malaysia ini bukan jenis yang bertindak semberono tanpa usul periksa, kami berhusnuzon (bersangka baik) dahulu dan kami mahukan penjelasan dari pihak kamu.
“Jika tiada penjelasan dalam tempoh 24 jam, maka jangan salahkan kami jika boikot terhadap produk kamu pula selepas ini,” tulisnya lagi.
Beliau turut meminta umat Islam di negara ini kekal bertenang sehingga mendapat penjelasan syarikat itu. –
Semua akan keluar selagi madani tidak runtuh, dirobek setiap masa kah kah kah apabila orang-orang kita tidak setuju maka akan ada gerakan daulah akan ada gerakan sulit akan ada gerakan gelap sepanjang jalan macam ranjau-ranjau sepanjang jalan karya Shahnon Ahmad amin, bersedia semuanya sekaligus menjaga diri akal sekelian kah kah kah siapa Cui Bono kali ini pulak? Kah kah kah kesian orang-orang minoriti selalu jadi mangsa kah kah kah kesian kesian
BalasPadamPemuda UMNO patut boikot Tukar Tiub kerana bela 2 ekor anjing. Hina Islam.
BalasPadamTulisan ada dua UU nampak macam tetek laki jibby..
BalasPadamTampak nye UMNO sekarang dah terlebih kuah berjuang ontok Islam .. PAS yang pirnah Kafirkang UmNO pong dah terkebelakang. Tu lah dia bila igama kita yang suci ni di lacorkan untuk niat yang lain.
BalasPadamTapi gwa pong herang kono apo kalimah Allah tu di tarok kek tapak kaki .. apo yang tak kono ni. Mungking dah sampai maso nyo kito rembat dopan orang ramai pado sial2 yang nak mompormaingkang igama Islang .. cilako. Biarkan Si Sial yang cubo nak monghino Tuhan den ni berkomaluan .. biar deh mampuih kito kojokan.