Rabu, 24 April 2024

MCA & MIC TAK IKUT TITAH ?



Kuala Kubu Baharu sekali lagi serlahkan rasa kecewa MCA dan MIC dengan 'kerajaan perpaduan'


Pendirian dua sekutu tradisi Umno untuk tidak turun berkempen bersama-sama Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu yang akan datang menyerlahkan permusuhan di kalangan komponen yang membentuk kerajaan walaupun pimpinan tertinggi kerap menggunakan slogan "perpaduan".

Walaupun beberapa pimpinan tertinggi Umno berkata mana-mana calon PH perlu dikira sebagai calon kerajaan, ia nampaknya tidak meyakinkan MIC dan MCA.

Hari ini, Presiden MCA Wee Ka Siong melancarkan serangan tajam ke arah DAP.

"Selepas seronok bantai caci maki hamun MCA, sekarang nak suruh MCA bantu DAP berkempen? Apa kamu ingat MCA tidak ada maruah atau perasaan, apabila ahli parti saya terguris dengan kata-kata penghinaan pemimpin DAP, adakah saya selaku presiden MCA, hanya berdiam diri sahaja?" kata Wee, sebagai membalas kenyataan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke sebelum ini.

Loke, yang muncul dalam podcast Keluar Sekejap baru-baru ini, menyifatkan MCA sebuah parti "tawkeh" yang tidak mempedulikan kepentingan rakyat.

Pemerhati berpendapat keengganan MCA dan MIC untuk turun kempen timbul daripada layanan yang diberikan ke atas dua parti itu, yang sejak lebih sedekad lalu bergelut dengan defisit sokongan kaum Cina dan India - komuniti yang menjadi tulang belakang MCA dan MIC.

Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) setuju ia berpunca dengan tindakan "meminggir" parti itu dalam perkongsian kuasa yang lebih menampilkan watak Umno mewakili Barisan Nasional.

"Ini kerana DAP mewakili parti bukan Melayu yang sangat dominan dalam kerajaan perpaduan," katanya kepada MalaysiaNow.  

MIC mahukan BN diberi laluan untuk bertanding di Kuala Kubu Baharu, kerusi negeri di bawah Hulu Selangor.

Pada pilihan raya enam negeri (PRN6) yang lalu, kerusi dengan bilangan pengundi hampir separuh bukan Melayu itu dimenangi DAP dengan majoriti 4,119 undi.

MCA turut enggan turun berkempen untuk PRK tersebut yang dijadual pada 11 Mei ini. 

Mazlan berkata, walaupun Umno turut menerima tempias penolakan pengundi terhadap BN, ia masih mengawal kementerian-kementerian utama.

"Tetapi tidak bagi rakan-rakan mereka MCA dan MIC," katanya.

Ketika pemerintahan BN dulu, MCA dan MIC secara tradisi diberikan portfolio kementerian seperti kesihatan, pengangkutan, tenaga buruh dan teknologi.

Kesemua portfolio itu kini dipegang menteri dari PH, termasuk Kementerian Pengangkutan yang dilihat nadi kuasa yang penting yang kini berada di bawah kawalan Loke, setiausaha agung DAP.

Bagi pemerhati Anis Anwar Suhaimi, MIC dan MCA melihat DAP sebagai seteru utamanya, dan hubungan antara mereka akan saling bertentangan disebabkan masing-masing merebut kerusi bukan Melayu.

"Kerangka berparlimen negara kita menjadikan kedua-dua blok ini secara semulajadinya merupakan musuh tradisi," kata Anis, ketua penyelidik di O2 Research terlibat dalam kajian lapangan mengenai sentimen politik.

Jelasnya, ia berbeza dalam hubungan antara Umno dan PH, di mana kerjasama melengkapi antara politik luar bandar dan bandar, begitu juga politik Melayu dan dan bukan Melayu.

Anis melihat pendirian MIC dan MCA sebagai satu kenyataan bahawa sebarang kerjasama antara BN dengan gabungan lain mesti mampu memulihkan semula kekuatan BN, bukannya semata-mata dijadikan alat menubuhkan kerajaan.

"Maka sekiranya calon yang dipertandingkan adalah parti selain daripada BN, kempen-kempen dan gerak kerja politik yang dilakukan dianggap tidak memberi nilai tambah." 

Anis berkata jurang antara parti komponen dalam kerajaan juga berpunca daripada kegagalan Umno mengatur strategi dalam kerjasama dengan PH. 

Sehingga kini, Umno hanya tertumpu kepada pemerkasaan parti Melayu itu melalui portfolio kementerian yang dipegang. 

"Ini juga dapat dilihat bilamana keputusan-keputusan yang dibuat juga kurang melibatkan rundingan dan perbincangan Majlis Tertinggi BN. 

"Amalan ini memberi petunjuk kepada pengundi bukan Melayu bahawa kedudukan MCA dan MIC tidak sepenting kedudukan DAP dalam kerjasama yang sedang diadakan," katanya. 

Walaupun Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim berkata akan mengadakan perjumpaan dengan MCA dan MIC, Mazlan berkata kedua-dua parti tetap akan bersikap "tarik tali" dan ia tidak berkesudahan sehingga mereka juga dilayan sama rata.


WOIT

APA JADI DGN

KERAJAAN TITAH

KAH KAH KAH

DAH DERHAKA 

BILA DAPT KUASA

KAH KAH KAH

KESIAN MCA & MIC

KENA JADI

TAIK KUCING

DALAM PAKATAN

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan