Jumaat, 5 April 2024

PENGGANAS YAHUDI - BILA BICARA ?


Lelaki Israel miliki senjata api: 16 individu ditahan secara keseluruhan – KPN

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) setakat ini secara keseluruhannya menahan seramai 16 individu berhubung siasatan berkait tangkapan seorang lelaki warga Israel bersama enam pucuk pistol dan 200 peluru di sebuah hotel di Jalan Ampang, di sini, pada 27 Mac lalu.

Ketua Polis Negara,  Razarudin Husain berkata, dalam perkembangan terbaharu kes itu – polis memberkas seramai menahan 12 individu selepas menjalankan siasatan terhadap suspek utama Shalom Avitan, 38, pasangan suami isteri warga tempatan berusia 42 dan 40 tahun yang menjual pistol kepada Shalom dan seorang lelaki tempatan yang berperanan sebagai pemandunya.

Tiga daripada 12 individu yang ditahan itu adalah turut membabitkan dua lelaki warga Turki dan seorang lelaki warga Georgia.

Kesemua mereka ditahan dalam serbuan oleh pasukan khas membabitkan kerjasama dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, JSJ Kontinjen Kuala Lumpur dan Cawangan Khas (SB).

“Kesemua 12 individu itu ditahan dalam serbuan ke atas beberapa premis di sekitar Johor dan ibu negara berdasarkan risikan, siasatan dan maklumat yang diterima dari orang awam.

“Malah ada tangkapan ini diperoleh dengan kerjasama hasil siasatan yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) berhubung aktiviti pembayaran wang kripto,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Tambah Razarudin, setakat ini, tangkapan oleh JSJK menerusi hasil siasatan itu dipercayai diperoleh berdasarkan penjejakan pembayaran untuk senjata api membabitkan suspek dan juga pasangan suami isteri tempatan yang membayar menggunakan mata wang kripto.

RAKYAT NAK

TAHU BILA

KES BICARA

AMIN

APA TUDUHAN?

MUKA RUPA APA?

SAPA GENG

YAHUDI INI?

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan