Selasa, 9 April 2024

REZEKI TURUN NAIK



Masalah ekonomi, hujan lebat jejas perniagaan bazar Ramadan

DENGAN tinggal dua hari sebelum berakhirnya bulan puasa tahun ini, peniaga bazar Ramadan di Kampung Baru, Kuala Lumpur terpaksa berdepan cabaran ekonomi dan cuaca yang sukar diramal.

Mereka memberitahu The Malaysian Insight hujan lebat hampir setiap petang menyebabkan pelanggan tidak berkunjung ke bazar.

Tambahan lagi, mereka juga tidak dapat menaikkan harga kerana keadaan ekonomi negara yang teruk pada masa ini. Lebih parah lagi mereka terpaksa menambah kos dengan kenaikan harga bahan mentah.

Semua isu ini menyebabkan nilai jualan merosot berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Khairul Anuar Sapran, peniaga air di bazar Ramadan, menyifatkan tahun ini paling teruk sepanjang tiga tahun berniaga, dengan jualan merosot teruk.

Beliau bimbang tidak dapat mencapai sasaran jualan dan memberikan bonus Raya kepada pekerjanya kerana pencapaian perniagaan yang teruk.

“Saya fikir kita boleh berniaga dengan baik tahun ini tetapi harga bahan barang dan bahan mentah melonjak naik.

“Saya tidak rasa kami boleh capai sasaran jualan seperti tahun-tahun sebelum ini,” katanya, menambah jualan hanya cukup-cukup makan untuk menampung operasi harian dan gaji pekerja.

“Rasanya tidak dapatlah saya beri bonus Raya kepada pekerja tahun ini kerana perniagaan tidak begitu baik,” katanya.

Senasib dengan Khairul, penjual ayam goring dan makanan ringan di bazar sama, Hairuddin Heruman berkata harga lebih tinggi dan kekerapan hujan lebat menjejaskan jualannya.

Keadaan cuaca mengehadkan masa pelanggan di bazar, menyebabkan mereka tidak dapat melihat banyak gerai lain.

“Harga bahan mentah lebih mahal berbanding tahun sebelum ini tetapi saya tetap mengekalkan harga jualan mampu milik, kami tidak dapat naikkan harga mendadak.

“Selain itu, cuaca juga tidak menyebelahi kami tahun ini, kerana hujan lebat hampir setiap petang, menjejaskan waktu jualan terutama antara jam 4 petang hingga 7 malam.

“Kebanyakan pengunjung datang ke bazar pada hampir waktu berbuka kerana hujan lebat berterusan di ibu kota.

“Itu sebabnya mereka tidak dapat berjalan-jalan membeli dan melihat pilihan juadah, kerana mereka perlu cepat-cepat beli saja serba sedikit dan balik,” katanya yang berniaga di bazar itu sejak 10 tahun lalu.

Memberi makanan kepada golongan memerlukan

Seorang lagi peniaga bazar Ramadan, Mohd Nur Rafee berkata beliau menaruh harapan tinggi kerana perniagaan agak bagus pada dua minggu pertama.

Menjual pelbagai jenis minuman, peniaga berusia 24 tahun itu berkata jualan mulai merosot pada minggu ketiga dan hingga kini.

“Kebanyakan balang air kami hampir kosong pada dua minggu pertama, tetapi masuk minggu ketiga, kami perasan banyak yang tidak habis, menunjukkan jualan kami menurun,” katanya.

Rafee berkata biasanya jualan hariannya antara RM300-RM400 tetapi angka itu merosot hingga separuh pada minggu ketiga.

Rafee berkata daripada pemerhatiannya, golongan pelajar mempunyai kuasa beli yang lebih tinggi.

“Saya rasa ini kerana mereka tidak ada pilihan, bukan seperti individu yang tinggal bersama keluarga yang boleh makan di rumah. Bagi pelajar, beli makanan di bazar adalah pilihan paling mudah,” katanya.

Noor Mariam, 21, yang berasal dari Sarawak, berniaga popiah basah dan kering. Katanya, perniagaannya biasa saja, dan dapat mencapai sasaran jualan hariannya.

“Perniagaan biasa saja tapi saya dapat capai sasaran jualan harian.

“Dana saya rasa, lokasi gerai saya juga memainkan peranan penting kerana ia betul-betul di pintu masuk, memudahkan pelanggan yang hendak cepat,” katanya kepada The Malaysian Insight, menambah ini kali pertama beliau berniaga di bazar itu.

Noor Mariam berkata beliau bersedia untuk berniaga lagi di bazar tahun depan.

Peniaga turut menolak kebimbangan berlaku pembaziran makanan berikutan jumlah jualan yang rendah.

Mereka berkata tahun ini, kumpulan persatuan sivil akan mengumpulkan lebihan makanan untuk diedarkan kepada golongan kurang mampu atau dihantar ke masjid.

Peniaga juga saling menggalakkan untuk mengamalkan kawalan jumlah makanan dan menawarkan saiz hidangan lebih kecil bagi mengurangkan pembaziran. – 8 April, 2024.



DI HARAPKAN

ADA UNTUNG

BELANJA RAYA

AMIN

REZEKI TAK

MENENTU MACAM

CUACA  HARI INI

AMIN

TAHUN DEPAN

KITA JUMPA LAGI

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan