Budak perempuan dilarikan kereta hitam sudah ditemui selamat
KUALA LUMPUR – Budak perempuan 8 tahun yang dilarikan oleh sebuah kereta hitam ketika bermain di hadapan rumahnya di Jeram sudah ditemui selamat.
Timbalan OCPD Kuala Selangor, Deputi Supritendan Mohd Ambia Nordin berkata, kejadian itu berlaku pada 11 April lalu, pada jam 6.30 petang.
“Polis telah dimaklumkan oleh bapa mangsa dan tindakan telah diambil pada hari kejadian. Kanak-kanak tersebut telah dijumpai semula pada hari sama, lebih kurang sejam setengah selepas hilang,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Mangsa dalam keadaan selamat dan tiada kecederaan.
Katanya, polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Orang ramai diingatkan sentiasa mengawasi anak-anak yang berada di luar rumah di musim perayaan ini bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku. –
Tiada ulasan:
Catat Ulasan