Sabtu, 6 April 2024

SATU CADANGAN AMAT BIJAK




Ubi kayu

 alternatif beras

 – Johari Abdul


SUNGAI PETANI – Ubi kayu sebagai salah satu sumber karbohidrat dilihat mampu menjadi alternatif terbaik sementara menunggu isu bekalan beras putih tempatan (BPT) selesai,” kata Yang di- Pertua Dewan Rakyat, Johari Abdul.

Jelas beliau, rakyat di negara ini perlu berani melakukan perubahan untuk tidak terus bergantung kepada nasi sebagai sumber karbohidrat.

“Kalau beras menjadi isu, apa tujuan beras kita makan…tujuan untuk dapatkan karbohidrat. Saya merasakan ada tak alternatif lain sementara kita nak selesaikan isu beras.

“Contoh saya pernah berbincang dengan beberapa Ahli Parlimen Sarawak, Sarawak tanam ubi kayu yang digunakan sebagai supplement (makanan tambahan), sebab ubi kayu ini khasiatnya hebat dibandingkan dengan gula yang ada dalam beras, ubi kayu jauh lebih rendah.

“Saya ada bincang, kalau kita dapat perkenalkan makanan suplemen menggantikan beras..buatlah ubi kayu macam mana pun, sudah tentu, di Sarawak saya difahamkan amat berjaya,” katanya lapor Harian Metro.

Beliau berkata demikian selepas meninjau Program Jualan Termurah Madani di Bandar Perdana di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Task Force Pemantauan (Kluster Makanan) Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL),  Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal.

Mengulas lanjut Johari berkata, langkah itu juga boleh menjadi antara jalan keluar daripada kepompong yang sedia ada termasuk tidak membiarkan isu beras mengawal keadaan rakyat di negara ini.

“Rakyat di negara ini mempunyai potensi yang besar untuk menghasilkan sumber makanan sendiri bagi mengurangkan kebergantungan kepada bekalan makanan import.

“Jadi saya rasa sudah sampai masanya kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) membuka pintu untuk rakyat mengusahakan tanah terbiar, menanam pelbagai sumber makanan seperti sayur-sayuran.

“Apabila penawaran banyak sudah tentu harga akan turun, kita harus ada keberanian untuk mencuba, kadang-kadang kebergantungan kita kepada makanan dari luar negara ini amat hebat, kira-kira setahun lalu kita import dalam bajet hampir RM60 bilion…ini satu jumlah yang besar..tetapi baru-baru ini di Perak, terbukti kita boleh tanam bawang,” katanya. – 

CADANGAN BIJAK

AMAT BIJAK

AMIN

INILAH CONTOH

PEMIMPIN YANG

FIKRAH BEKUALITI

AMIN

DALAM 100 TAHUN

SESEKALI KITA

BERTEMU

AMIN

CADANGAN INI

WAJIB DISOKONG

DAN MASANYA

DAH TIBA KITA

MAKAN UBI

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

  1. Dah lupa kangkung? Kesian kangkung...mamak madir tepat sendat..melayuh mudah lupahh...pandey latah aje...

    BalasPadam