Khamis, 4 April 2024

YANG MISKIN TETAP MISKIN


'Mari lihat sendiri': Aktivis bantu miskin bandar terkejut PM dakwa 'sifar miskin tegar' di KL


Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada Februari lalu memeranjatkan ramai pihak apabila berkata usaha membasmi kemiskinan tegar di Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan sudah mencapai status 100%.

Bagaimanapun, seorang aktivis yang kerap turun padang membantu golongan miskin bandar menerusi makanan dan pelbagai barang keperluan lain mempersoalkan dakwaan itu.

Mohd Azizan Zainal Abidin berkata dakwaan kerajaan sudah tiada golonngan miskin tegar di bandar raya Kuala Lumpur terbukti meleset sekiranya pemimpin menyaksikan sendiri bagaimana orang ramai berebut-rebut mendapatkan bantuan.

Azizan, pengasas kumpulan sukarelawan Food For Gelandangan (FFG) berkata tahun ini bilangan mereka yang hadir mendapatkan bantuan meningkat lebih ramai berbanding 2023.

Kata Azizan, pihaknya terpaksa membuat tapisan bagi memberi laluan kepada mereka yang benar-benar memerlukan disebabkan bantuan yang tidak memadai untuk semua.

Azizan berkata situasi yang dihadapi miskin bandar tidak mencerminkan apa yang dibentangkan di Parlimen bagi menunjukkan kejayaan membasmi kemiskinan tegar.

“Saya macam nak percaya pun entah," kata Azizan terkilan dengan dakwaan tiada miskin tegar di Kuala Lumpur.

"Menteri cakap sudah basmi kemiskinan hampir 100%, apa yang sudah selesai?" katanya ketika ditemui MalaysiaNow sebaik sahaja program mingguannya di Chow Kit untuk membahagi-bahagikan bantuan kepada golongan gelandangan.

"Yang saya bagi makan tadi tu apa? Selepas itu menteri kata ‘kita sudah carikan mereka kerja'. Wow mudahnya!"

Mohd Azizan Zainal Abidin_FoodForGelandangan_MNowAzizan terkilan dengan kenyataan Anwar, dan berkata menteri yang bertanggungjawab dengan masalah kemiskinan perlu turun padang melihat sendiri apa yang berlaku.

Mereka termasuk Menteri Wilayah Persekutuan Dr Zaliha Mustafa dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Nancy Shukri.

"Jangan main-mainlah dalam buat kenyataan sebab kita sendiri buat kerja di bawah," tambah Azizan.

Putrajaya sebelum ini berkata pembasmian kemiskinan tegar adalah agenda utamanya.

Kenyataan Anwar sudah tidak ada lagi golongan miskin tegar di Kuala Lumpur merupakan pertama kali dakwaan sebegitu dibuat.

Ini meskipun sebelum ini menyaksikan penurunan kadar kemiskinan tegar pada setiap tahun.

Pada November lepas, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata kadar kemiskinan tegar turun kepada 0.2% membabitkan 18,445 isi rumah, berbanding 1% pada 2020, iaitu ketika negara berdepan pandemik Covid-19.

Pada 2022, kerajaan ketika itu berkata bilangan miskin tegar telah berkurangan kepada 129,395 isi rumah, berbanding pada 2021 260,000, iaitu ketika kesan Covid-19 masih dirasai.

Azizan berkata penguatkuasaan lemah adalah sebab mengapa masalah gelandangan tidak selesai sehingga hari ini.

Katanya, masalah itu menjadi penyumbang kepada peningkatan golongan miskin bandar.

Katanya, agensi yang bertanggungjawab perlu menyaring golongan ini supaya dapat membezakan gelandangan warga emas, pendatang asing dan penagih dadah.

“Jadi yang tinggal adalah mereka yang sihat dan mereka inilah yang perlu diberikan latihan serta kemahiran. Baru boleh cakap gelandangan sifar, basmi kemiskinan pun 100%. 

"Apa yang 100% kalau miskin bandar sudah begini?" soalnya yang hadir di pusat khidmatnya pada setiap Jumaat.

Azizan berkata kesempitan hidup dialamai miskin bandar lebih teruk dari miskin kampung. 

"Miskin bandar dapat bantuan RM700 dari Baitulmal untuk satu keluarga. Bilik yang dia sewa untuk satu anak beranak tanpa pecahan tempat dapur dan sebagainya itu, RM500. 

"Jadi tinggal RM200," kata Azizan.

YANG MISKIN

TETAP MISKIN

AMIN

YANG KAYA

TETAP KAYA

AMIN

SEHINGGA

BERLAKU REVOLUSI

KELAS  MISKIN

LAWAN KELAS KAYA

AMIN

KHALAS

3 ulasan:

  1. Kata Kutti Kerala .. Melayu miskin sebab Melayu ni pemalas .. tak rajin mcm anak2 dia .. dalam tidur pun boley masok kontrak.

    BalasPadam
  2. Teaching People To Fish Is Also Advocated by Bill Gates. But in Malaysia, they are Teaching PM to Rob for Family & Friends For House Arrest!

    Bill Gates : "It's the classic thing of teaching someone how to fish," Gates said. "Now, if you don't live near water, then it's pretty hard to fish. But the parable could've been stated in terms of giving somebody a chicken." https://sg.news.yahoo.com/bill-gates-says-too-early-202700696.html

    BalasPadam
  3. Boikot boikut bak kut teh..sapa rugi? Langkawi apa jadi? Teruskan teruskan

    BalasPadam