Khamis, 2 Mei 2024

DARI ARKIB SEJARAH


DARI ARKIB

SEJARAH


Johari Ismail 

PENUBUHAN United Malays National Organzation (UMNO) suatu operasi "false flag" masyarakat risik/intelijen sulit Inggeris untuk dimanafatkan oleh Pejabat Kolonial dan Pejabat Komanwel British di London. 

Operasi gelap bekas penjajah British kita itu mempunyai objektif wujudkan kelangsungan imperialisme/penjajahan Britain ke atas Semenanjung pasca negara mencapai Kemerdekaan 31 Ogos 1957.

Rahsia di sebalik.Operasi risik sulit  ini kemudian sengaja dibocorkan " dalam bentuk suatu  usul penubuhan UMNO di bawa salah sebuah NGO Melayu dari Pahang yg turut hadir sebagai Perwakilan  Kongres Melayu SeMalaya di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Bahru, Kuala Lumpur 1946.

Badan Bukan Kerajaan dari Pahang  yg dimaksudkan itu Pertubuhan Wataniah yang antara lainnya dipimpin oleh Allahyarham (Tun) Abdul Razak Hussein, Allahyarham (Tan Sri) Ghazali "Ghaz" Shafie serta beberapa bekas anggota gerila Melayu Force 136 British. 

Pasukan ini digugurkan melalui payung terjun di Grik Perak sebagai gerila Melayu  menentang tentera pendudukan Jepun Jeneral Yamashita di Semenanjung ketika Perang Dunia Kedua.

Usul penubuhan UMNO ini kemudian di persembahkan kpd Sultan Ibrahim I di Istana Besar Johor Bahru. Usul diluluskan sebulat suara oleh para perwakilan ke Kongres Melayu SeMalaya inilah yg membawa kpd penubuhan UMNO di Istana Besar Johor Bahru itu Mei 1946.

Rahsia di sebalik kelahiran UMNO ini didedahkan penulis Inggeris William Shaw yg merupakan Pengarang biografi Tun Razak. Fakta dibawa oleh Shaw ini kemudian diperhalusi lagi oleh isi kandungan beberapa fail rahsia Special Branch Scotland Yard (Polis Metropolitan London).

Wallahuaklam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan