Isnin, 20 Mei 2024

HELI TERHEMPAS - MASIH DI CARI



Menteri Luar, Presiden Iran naik helikopter yang sama


TEHRAN – Menteri Luar Iran, Abdollahian dilaporkan bersama Presiden Ebrahim Raisi dalam helicopter yang dilaporkan terhempas.

Media tempatan melaporkan, helikopter yang membawa Raisi sedang menuju ke bandar Tabriz, di barat laut Iran semasa nahas berlaku.

Helikopter itu adalah salah satu daripada tiga perjalanan dalam konvoi.

Menteri Dalam Negeri Iran berkata, penyelamat masih cuba sampai ke lokasi, tetapi usaha mereka terhalang oleh keadaan cuaca buruk.

Seorang wartawan dengan agensi beita Fars berkata, jarak penglihatan di kawasan pergunungan dan berhutan itu hanya kira-kira lima meter.

Kawasan ini kira-kira 50 kilometer ke utara Tabriz

Ahli Parlimen Iran untuk bandar Tabriz, Ahmad Alirezabeigi berkata, pekerja penyelamat kecemasan masih belum menemui lokasi helikopter yang membawa presiden.

Beliau berkata, dua lagi dua helikopter dalam konvoi itu mendarat dengan selamat. – Agensi


MASIH DICARI

SEMOGA

SELAMAT

AMIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan