Peraturan baru China di Laut China Selatan membimbangkan
MANILA: Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr hari ini berkata, peraturan baru yang dibentangkan oleh pihak pengawal pantai China yang boleh menyebabkan penahanan warga asing di Laut China Selatan adalah satu peningkatan dan "membimbangkan".
China yang mempunyai pertikaian kedaulatan maritim dengan Filipina dan negara lain yang menuntut wilayah, telah mengeluarkan peraturan baru yang berkuat kuasa pada 15 Jun, sekaligus akan menguatkuasakan undang-undang pengawal pantai 2021 serta membenarkan penahanan warga asing yang disyaki merentasi sempadan.
China sering kali menuduh kapal-kapal merentasi kawasan Laut China Selatan yang terletak di dalam Zon Ekonomi Eksklusif jirannya serta dan bertembung berulang kali dengan Filipina dalam setahun yang lalu.
"Dasar baru yang mengancam untuk menahan warga kita sendiri, itu berbeza. Itu adalah peningkatan situasi," kata Marcos kepada wartawan semasa lawatan rasmi di Brunei.
Filipina "akan menggunakan sebarang titik hubungan dengan China bagi menghentikan tindakan agresif" dan membenarkan nelayan Filipina untuk menangkap ikan di Laut China Selatan, kata Marcos.
Jika tindakan secara agresif dijalankan, Marcos berkata, "maka kita boleh menjalankan semua perniagaan kita dengan cara yang aman".
Marcos telah mengambil tindakan yang lebih keras daripada pendahulunya terhadap tindakan China di Laut China Selatan, didorong oleh sokongan daripada sekutu pertahanan Amerika Syarikat, Jepun dan Australia.
Kedutaan China di Manila tidak segera menjawab permintaan untuk komen.
Beijing menuntut bidang kuasa ke atas sebahagian besar Laut China Selatan, saluran untuk lebih daripada AS$3 trilion (RM14.11 trilion) setahun dalam perdagangan bawaan kapal.
Pada 2016, tribunal timbang tara antarabangsa berkata tuntutan besar China tidak mempunyai asas di bawah undang-undang antarabangsa, keputusan yang ditolak oleh Beijing.
China menegaskan rekod bersejarah dan peta lama menjelaskan ia mempunyai kedaulatan ke atas kebanyakan laut dan banyak pulau di sana. - REUTERS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan