Rabu, 1 Mei 2024

KASINO - MAHADANI TERUS MENANGKAP



Kerajaan dibidas selepas pesawah didakwa di sebalik gesaan PM bersihkan nama dalam laporan kasino


Kumpulan hak asasi manusia Suaram berkata siri penangkapan sejak beberapa hari kebelakangan ini menjurus kepada satu bentuk pemburuan ke atas mereka yang mengkritik kerajaan, ketika gesaan semakin kedengaran supaya Perdana Menteri Anwar Ibrahim membersihkan namanya selepas laporan yang mendakwa beliau membincangkan cadangan mendirikan kasino kedua Malaysia bersama dua taikun.

Dalam tangkapan terbaru, pesawah Azman Md Yusof, 45, didakwa di bawah Akta Hasutan atas komennya dalam sebuah grup WhatsApp yang memetik laporan Bloomberg minggu lalu.

Laporan tersebut mencetuskan perdebatan di media sosial, bersama sindiran terhadap kerajaan Anwar yang diberi nama jolokan "Kasinon", diubah daripada "Madanon", istilah digunakan penyokong pembangkang untuk slogan "Madani".

Azman dituduh menghina Yang di-Pertuan Agong, yang turut disebut dalam laporan Bloomberg, dalam satu hantaran di grup WhatsApp bernama "Khariah Pmtg Sungai Dua".

Bapa kepada empat orang anak itu dibenarkan ikat jamin RM6,500, dan mahkamah mengarahkan grup WhatsApp itu dipadamkan.

"Ini adalah pemburuan semata-mata bertujuan memadam wacana yang mencemarkan nama kerajaan di mata orang ramai," kata pengarah eksekutif Suaram, Sevan Doraisamy.

Beliau berkata "penyasaran sistematik" rakyat biasa hanya akan mendorong orang ramai berasa takut untuk bersuara, sambil menambah kerajaan ketika ini meneruskan taktik yang pernah digunakan oleh pentadbiran sebelum ini.

"Hentikan segera tindakan tak masuk akal ini dan kami ulang, mansuhkan Akta Hasutan," tambahnya.

Dakwaan ke atas pesawah itu dilakukan ketika dua aktivis terkenal, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard dan penulis blog Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo, turut ditangkap.

Semalam, Badrul didakwa atas tuduhan menghasut berkait kontroversi kasino itu, sejurus selepas dihadapkan satu lagi pertuduhan berhubung ucapannya di luar Istana Negara awal tahun ini.

Dalam laporan yang diterbitkan minggu lalu, Bloomberg berkata Anwar bertemu dengan ahli perniagaan Vincent Tan dari Berjaya dan Lim Kok Thay dari Genting, serta wakil Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, untuk membincangkan sebuah cadangan membuka kasino di Forest City.

"Anwar, pegawai kanan kerajaan dan beberapa ahli perniagaan mengadakan mesyuarat makan tengah hari mengenai kemungkinan meluluskan lesen untuk kasino kedua Malaysia," kata laporan itu, yang menyifatkan perbincangan itu masih di "peringkat awal".

Ketika ditanya pemberita, Anwar berkata laporan itu satu pembohongan, tetapi tidak menyatakan sama ada akan menuntut syarikat media berpangkalan di AS itu menarik balik laporan tersebut. 

Sebaliknya, Anwar menyeru semua pihak yang dinamakan dalam artikel itu untuk "mengambil tindakan yang perlu".

Ia disusuli penafian daripada Berjaya dan Genting Berhad, kedua-duanya syarikat yang terlibat dalam industri perjudian tempatan.

Bagaimanapun, gesaan semakin meningkat agar Anwar membersihkan namanya, seperti mana tindakan pemimpin PKR itu sebelum ini yang memfailkan saman fitnah terhadap pengkritiknya.

Peguam Haniff Khatri Abdulla mempersoalkan Anwar kerana meminta pihak lain yang disebut dalam laporan itu mengambil tindakan.

Menurutnya, walaupun laporan itu memberikan persepsi buruk terhadap pemimpin Islam, ia mungkin meningkatkan kredibiliti dua ahli perniagaan berkenaan kerana mereka tidak menganggap amalan judi sebagai dosa, di samping syarikat mereka terlibat dengan industri perjudian tempatan.

"Tapi yang jatuh maruah adalah dia (Anwar). Memang kena ambil tindakan (undang-undang). Bagi saya tidak ada alasan sebab pertama dia kata laporan itu palsu dan kedua dia nyatakan siapa yang dinamakan kena ambil tindakan. Dialah tu!" Haniff memberitahu MalaysiaNow.

Pandangan serupa diutarakan Pengerusi Bersatu Selangor Mohamed Azmin Ali, yang berkata ia berbeza daripada tindakan Anwar terhadap pengkritik lain termasuk pemimpin politik.

"Itu yang jadi persoalan umum di kalangan rakyat, kalau parti-parti politik ditekan dengan begitu keras, mengapa dengan Bloomberg, dia tidak berani ambil tindakan?" kata bekas timbalan presiden PKR itu kepada MalaysiaNow.

"Mengapa suruh syarikat-syarikat yang dikaitkan sahaja sedangkan nama besar yang dikaitkan adalah perdana menteri?"


UNTUK TUTUP

KOTE MAHADANI

TERUS MENANGKAP

SAPA SAJA YG

BEERTANYA TENTANG

KASINO DI JOHOR

AMIN

APAKAH INI

BERMAKNA KASINO

INI AKAN DI BUKA?

AMIN

KALAU TAK NGAPA

RAKYAT DI GANASI

AMIN

WALHAL AJENSI

BLOOMBERG

TIDAK DI SAMAN

AMIN

KALAU BLOOMBERG

TAK DI SAMAN

APAKAH BERITA

LAPORAN AJENSI

INI BETUL TEPAT

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan