Rabu, 8 Mei 2024

MAHADANON MELEBONG LAGI



Selagi tak daftar di Israel, tiada masalah, kata Anwar di sebalik firma bantu Israel sertai pameran KL


Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini mempertahankan tindakan kerajaan Malaysia membenarkan beberapa syarikat menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan Asia 2024 (Natsec) di Kuala Lumpur, walaupun terlibat dalam membekalkan kelengkapan ketenteraan kepada Israel dalam serangannya ke atas Gaza.

Anwar berkata pentadbirannya akan membenarkan syarikat-syarikat tersebut selagi mereka bukan berdaftar di Israel.

“Tak ada yang berdaftar (di Israel), kita tak benarkan," katanya kepada wartawan di Putrajaya.

Anwar sebaliknya menyasarkan kepada seteru politiknya Dr Mahathir Mohamad, menuduh bekas perdana menteri itu membenarkan kepentingan Israel seperti kapal kargo untuk berlabuh.

"Yang benarkan 2002, Dr Mahathir bawa (kapal) Zim," katanya merujuk syarikat Israel Zim Integrated Shipping Services. "Kita dah batalkan, ingat 2002 yang benarkan kapal Israel masuk itu adalah Dr M masa jadi PM. Tiada bagi alasan apa pun."

Minggu lalu, MalaysiaNow mendedahkan sebuah kapal kargo Israel baru-baru ini berlabuh di Pelabuhan Klang, walaupun kerajaan mengumumkan larangan ke atas semua kapal milik syarikat Israel Disember lalu.

Kapal kargo Zim Rotterdam dikesan berlabuh di Pelabuhan Klang pada 29 April sebelum belayar ke Pelabuhan Shantou di China pada keesokan hari.

Kementerian Pengangkutan dan Lembaga Pelabuhan Klang masih belum membalas pertanyaan MalaysiaNow berhubung pendedahan itu.

Alasan Anwar bahawa hanya syarikat yang berdaftar di Israel akan dihalang daripada menyertai pameran ketenteraan yang sedang berlangsung di Kuala Lumpur itu bakal mengundang persoalan sama ada Malaysia akan membenarkan syarikat-syarikat lain yang terlibat membantu Israel dalam pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.

Ini kerana syarikat Lockheed Martin secara jelas berkata ia terlibat membantu sistem pertahanan Israel.

Dalam laman web rasminya, Lockheed Martin berkata ia "bangga" dalam peranannya mempertahankan keselamatan Israel.

"Pesawat C-130 dan F-16 kami telah berkhidmat dengan setia untuk tentera udara Israel sejak 1970-an dan 1980-an, dan apabila Surat Perjanjian ditandatangani pada Oktober 2010, Israel menjadi negara pertama memilih F-35 melalui proses Jualan Ketentaraan Asing kerajaan AS," kata syarikat itu.

WOIT

INI NAMANYA

BERSILAT LIDAH

KAH KAH KAH

BILA TERBOGEL

MULA BERSILAT

AMIN

MAT LEBONG

MELEBONG LAGI

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan