Rabu, 29 Mei 2024

PANAS MENYERANG INDIA




New Delhi rekod suhu tertinggi 49.9 darjah Celsius

NEW DELHI: Suhu di ibu negara India melonjak kepada rekod tertingginya, 49.9 darjah Celsius, ketika pihak berkuasa memberi amaran mengenai masalah kekurangan air di bandaraya itu.

Jabatan Meteorologi India (IMD) melaporkan gelombang haba teruk, dengan rekod suhu lebih tinggi dicatat semalam di dua stesen pinggir bandar Delhi di Narela dan Mungeshpur.

Biro Cuaca pula memberitahu suhu direkod adalah sembilan darjah lebih tinggi daripada jangkaan.

IMD menjangkakan suhu sama direkod hari ini untuk bandar yang mempunyai lebih 30 juta penduduk itu, dengan notis amaran merah sudah dikeluarkan untuk orang ramai supaya lebih berwaspada.

Media tempatan India pada Mei 2022, melaporkan suhu di bahagian Delhi pernah mencecah 49.2 darjah Celsius.

India tidak asing dengan musim suhu panas melampau, namun penyelidikan saintifik dijalankan berulang kali mendapati perubahan iklim menyebabkan gelombang haba menjadi lebih lama, lebih kerap dan terik.

Pihak berkuasa New Delhi sudah memberi amaran mengenai risiko kekurangan air, apabila ibu kota itu dilanda musim panas, mengakibatkan bekalan ke beberapa kawasan dipotong.

Menteri Air, Atishi Marlena sudah meminta semua pihak bertanggungjawab bagi menghentikan penggunaan air yang membazir.

"Untuk menangani masalah kekurangan air, kami sudah mengambil beberapa langkah seperti mengurangkan bekalan air daripada dua kali sehari kepada sekali sehari di banyak kawasan.

"Air yang dijimatkan itu akan dicatu dan dibekalkan ke kawasan yang mengalami kekurangan air, di mana bekalan hanya mampu bertahan 15 hingga 20 minit sehari," katanya.

IMD turut memberi amaran mengenai kesan haba terhadap kesihatan, terutamanya bayi, warga emas dan mereka yang mempunyai penyakit kronik.

INI TANDA

MALAPETAKA

IKLIM

AMIN

INI HANYA

PERMULAAN

AMIN

TAHUH DEPAN

LAGI PANAS

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan