Sabtu, 4 Mei 2024

PANAS PERMULAAN



Cuaca panas: KKM pertimbang tutup sekolah
PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) akan  mempertimbangkan keperluan penutupan sekolah berikutan cuaca panas di beberapa negeri sejak akhir-akhir ini.

Bagaimanapun, KKM perlu membuat penelitian dan memperhalusi perkara itu dengan cermat sebelum sebarang pengumuman dibuat, kata Menteri Kesihatan,  Dr Dzulkefly Ahmad.

“Jangan khuatir, jika perlu kita akan segera buat pengumuman,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA), di sini pada hari inI.

Menurut Dzulkefly, pada masa ini KKM kekal dengan prosedur operasi standard (SOP) yang menyarankan agar sekolah tidak menganjurkan sebarang aktiviti di luar bilik darjah sekiranya suhu cuaca melebihi 35°C selama tiga hari berturut-turut.

“Saya sangat menganjurkan Kementerian Pendidikan atau guru besar supaya tidak mengizinkan pelajar buat aktiviti di luar.

“Itu sangat mustahak kerana kita tidak mahu saksikan kejadian sebelum ini berlaku,” ujarnya.

Cuaca panas luar biasa ketika ini melanda Kelantan, Perlis dan Kedah dan dijangka berlarutan selama dua bulan lagi.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad sebelum ini berkata, cuaca panas melibatkan dua aspek iaitu fenomena El Nino yang bermula sejak tahun lepas, selain faktor perubahan iklim.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Dzulkefly berkata, orang ramai turut disaran agar memberi perhatian terhadap kenyataan yang dikeluarkan Ketua Pengarah Kesihatan berkaitan cuaca panas.

Sementara itu, kKetika mengulas mengenai kekurangan Pegawai Perubatan Siswazah (PPS) di hospital-hospital daerah, Dr Dzulkefly berkata, KKM akan mengumumkan satu rancangan pelaksanaan dalam masa terdekat.

Katanya, satu mesyuarat tergempar dengan pengurusan tertinggi kementerian akan berlangsung pada malam ini untuk menangani perkara itu.

Pada 26 April lepas, Dr Dzulkefly dilapor mengarahkan pengurusan KKM di peringkat pusat dan negeri untuk meneliti isu bebanan tugas di hospital serta penilaian semula tindakan yang telah dibuat membabitkan penempatan dan cara kerja PPS. 


PANAS HASIL

PERBUATAN

MANUSIA

AMIN

PEMBAKARAN

TENAGA FOSSIL

MINYAK KERETA

AMIN

INI HANYA

PANAS

PERMULAN

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan