‘Damage has been done, kita jumpa di mahkamah – Dr Akmal
KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh akan tetap meneruskan saman terhadap penulis portal walaupun selepas portal Newswav membuat permohonan maaf selepas didakwa memfitnahnya itu pada 25 Mei lepas.
Dalam satu kenyataan di laman sosial, Dr Akmal berterima kasih dengan permohonan maaf itu namun akan perkara itu akan tetap dibawanya ke muka perundangan.
“Terima kasih atas permohonan maaf mengenai fitnah jahat yang dilemparkan kepada saya.
“Damage has been done (kerosakan telah berlaku). Kita jumpa di mahkamah,” katanya bersama lampiran permohonan maaf tersebut.
Dalam lampiran itu menunjukkan penulis yang bernama Zulaikha Farhana memohon maaf kepada Exco Kerajaan Negeri Melaka itu sambil menyatakan rasa kesal kerana kesilapan menyiarkan kandungan berunsur fitnah.
“Saya sedar tentang betapa seriusnya kesilapan saya menyiarkan artikel ini. Artikel itu juga telah dipadam oleh portal Newswav dan perkara ini tidak akan berulang lagi,” katanya.
Tangkap layar permohonan maaf oleh penulis di portal Newswav baru-baru ini.
Dr Akmal menegaskan beliau tidak pernah menghadapi apa-apa pertuduhan di bawah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau mana-mana pihak berkuasa di negara ini.
Justeru, tegasnya, sebuah artikel yang disiarkan pada 25 Mei 2024, di laman portal Newswav itu mengandungi butiran tidak benar dan berunsur fitnah.
Katanya, dalam perenggan keempat artikel tersebut, penulis mengatakan di dalam Bahasa Inggeris “Adding to the drama, Akmal is facing charges under Section 16(a)A and 24(1) of the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) Act. The alleged bribery incident is reported to have occurred at Yayasan Tanah Aku, located at Solaris Dutamas in Kuala Lumpur“.
“Saya menegaskan bahawa kenyataan ini adalah tidak benar dan merupakan satu fitnah. Saya tidak pernah menghadapi apa-apa tuduhan di bawah SPRM atau pun mana-mana pihak berkuasa di negara ini,” katanya.
Beliau berkata, portal Newswav dan penulis yang menyiarkan artikel fitnah ini telah menyebabkan kredibiliti serta reputasinya sebagai seorang pemimpin serta individu tercemar.
Malah, katanya, ia juga telah menimbulkan persoalan serta persepsi negatif berkaitan integriti dirinya sebagai seorang pemimpin.
“Oleh yang demikian, terbukti dengan jelas bahawa artikel ini adalah satu fitnah jahat bagi mencemarkan kredibiliti serta reputasi saya sebagai seorang pemimpin serta institusi pimpinan saya,” ujarnya.
Semalam, Dr Akmal turut meminta portal Newswav dan penulis menurunkan artikel ini dalam tempoh masa 24 jam serta membuat kenyataan maaf secara rasmi. –
Tiada ulasan:
Catat Ulasan