Tidak ada kasino kedua di negara ini, kata Anwar
PERDANA Menteri Anwar Ibrahim tegas berkata tidak akan ada kasino kedua di negara ini.
Beliau berkata Malaysia pada masa ini menfokuskan kepada sektor transformasi digital, peralihan tenaga dan AI (kecerdasan buatan).
Anwar berkata sektor ini antara industri yang mencukupi untuk memacu pertumbuhan negara pada masa depan.
Sehubungan itu, Anwar berkata tidak ada keperluan untuk lesen kedua kasino di negara ini.
“Sama sekali tidak. Malaysia tidak perlu terlibat dalam perniagaan kasino (kedua). Kami menumpukan transformasi digital, peralihan tenaga (dan) AI, dan kami percaya ini adalah (antara industri yang) mencukupi untuk memacu negara ke hadapan,” katanya dipetik berkata kepada Bernama pada Forum Ekonomi Qatar (QEF) 2024 di Doha.
Anwar ditanya sama ada Malaysia mempertimbangkan untuk membenarkan lesen kasino kedua di bawah kerajaan madani.
Sebelum ini, perdana menteri menafikan laporan berita luar negara berkenaan kemungkinan mengeluarkan lesen kedua kasino di Forest City, Iskandar Puteri, Johor.
Malaysia hanya mengeluarkan satu lesen kasino yang diberikan kepada Genting pada 1969.
Kumpulan itu turut mempunyai operasi kasino di United Kingdom, Amerika Syarikat dan Singapura. – 14 Mei, 2024.
Jika bukan hal kasinon apa hal jumpa2 ni atau jumpa resmi resmian rakyat nk tau dh jumpa sembang hal apa tu xkan sembang Kosong
BalasPadam