ADUN Sungai Bakap meninggal dunia
GEORGE TOWN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff meninggal dunia di Hospital Seberang Jaya (HSJ) dekat sini, hari ini.
Beliau yang juga Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Nibong Tebal dilaporkan menghembus nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSJ pada jam 1.38 tengah hari.
Perkara itu disahkan Setiausaha Pas negeri, Iszuree Ibrahim.
“Jenazah Allahyarham dijangka akan dikebumikan di Masjid Sungai Acheh jam 6 petang ini,” katanya ringkas.
MalaysiaGazette pada 1 Mei lalu melaporkan Nor Zamri ditidurkan selepas dimasukan ke HSJ akibat komplikasi bahagian perut.
Pada Pilihan Raya Negeri Ke-15, Ogos lalu, Nor Zamri menewaskan calon PH, Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi. – MalaysiaGazette
Wooit tt yg berkuasa & memegang duit akan bertindak utk menang kahkahkah
BalasPadamBagi aja la kat pn ..i suka komedi politik melayu..lagi bergaduh tuduh cina india hasut...stokin pon biarlah pakai otak sikit..pas tu kasut..i perpancot siot.
BalasPadam