Sabtu, 11 Mei 2024

SENJATA DI TANGAN - MUSUH DI DEPAN BUAT PILIHAN !!!


Gaza sentiasa jadi kubur pasukan penceroboh – Hamas

GAZA – Kumpulan Hamas tidak panik dengan serangan yang dilakukan ke atas Rafah dan Gaza sentiasa menjadi kubur kepada tentera penceroboh Israel.

Menurut satu kenyataan, demi kesetiaan kepada penduduk Palestin kumpulan tersebut berurusan secara bertanggungjawab dan positif terhadap usaha-usaha yang dilakukan orang tengah dalam memuktamadkan perjanjian gencatan sejata secara kekal serta pengunduran tentera penceroboh di jaluran Gaza selain mengembalikan mereka yang kehilangan tempat tinggal.

Katanya, ia juga melibatkan kebebasan dan akses kepada pertukaran tahanan menerusi rundingan yang mengakhiri penderitaan semua tahanan di penjara musuh dalam pertukaran tahanan Zionis.

Menurut kenyataan tersebut, bagi mencapai sasaran itu, Hamas telah bersetuju dengan cadangan terbaharu yang dikemukakan orang tengah.

Katanya, namun Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan kerajaannya menggunakan rundingan yang dilakukan bagi mengaburi mata untuk melakukan serangan ke atas Rafah, menceroboh lintasan tersebut dan meneruskan peperangan terhadap penduduk Palestin.

Tambahnya, selain itu, mereka juga bertanggungjawab sepenuhnya menghalang perjanjian terbabit dicapai.

Jelasnya, berikutan tingkah laku Netanyahu membabitkan penolakan cadangan orang tengah, serangan ke atas Rafah dan pencerobohan lintasan tersebut, kumpulan Hamas akan mengadakan rundingan denga para pemimpin Palestin dalam usaha menkaji semula stategi rundingan.

“Ketika kami menghormati hero-hero Briged Al-Qassam, Al-Quds dan semua pihak Palestin yang menentang (musuh) yang berhadapan dengan tentera musuh dan pencerobohan yang dilakukan, dengan operasi (Palestin yang) berani menyebabkan kematian tentera musuh atau cedera di Rafah ketika ini, kami mengakui  serangan ke atas Rafah tidak akan menimbulkan panik, dan Gaza sentiasa menjadi kubur kepada pihak penceroboh,” kata kenyataan itu. – MalaysiaGazette


SENJATA DITANGAN

MUSUH DIDEPAN

TAKDA PILIHAN

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan