Rabu, 15 Mei 2024

SOKONG KENYATAAN PMX




Setiap pohon ditebang, 100 pokok baharu perlu ditanam, kata PM

PERDANA Menteri Anwar Ibrahim mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menanam semula 100 pokok baharu bagi setiap pokok yang dipotong.

“Saya memberi arahan kepada Datuk Bandar (Kamarulzaman Mat Salleh) iaitu bagi setiap pohon yang terpaksa dipotong, 100 pokok baharu wajib ditanam semula,” katanya di platform X hari ini.

DBKL diarahkan untuk bertindak segera memotong pokok berisiko tinggi di sekitar ibu kota susulan satu lagi insiden pokok tumbang pada Isnin.

DBKL berkata ia setakat ini mengenal pasti 28 pokok berisiko tinggi yang perlu dipotong.

Ini bermakna, dengan arahan perdana menteri DBKL perlu menanam semula kira-kira 2,800 pokok baharu di ibu kota.

Dalam insiden Isnin lalu, beberapa kenderaan rosak akibat pokok tumbang, malah nyaris terkena kenderaan yang dinaiki Ketua Menteri Melaka Ab Rauf Yusoh.

Insiden itu berlaku selang seminggu daripada kejadian pokok tumbang yang menyebabkan seorang maut di Jalan Sultan Ismail.

Dalam kejadian itu, seorang lelaki terbunuh sementara seorang lagi cedera parah apabila sebatang pokok besar tumbang menimpa 17 kenderaan di Jalan Sultan Ismail, di depan Hotel Concorde ketika hujan lebat dan ribut petir.

Sementara itu, DBKL berkata pakar melakukan pemeriksaan terhadap pokok berusia lebih 30 tahun di ibu kota sejak 2019.

“Setakat ini, 175 pokok dikenal pasti sebagai berisiko tinggi dengan kebanyakannya berusia lebih 50 tahun. Daripada jumlah itu, 147 sudah ditebang.

“Daripada pemeriksaan yang kerap termasuk terakhir pada Februari, 28 pokok dikenal pasti untuk ditebang tidak lama lagi,” kata DBKL dalam satu kenyataan. – 15 Mei, 2024.

KITA SOKONG PMX

DALAM HAL POKOK

AMIN

RAWAT DULU

SEBELUM

 DITEBANG

AMIN

JADIKAN KL

KOTA HUTAN

DIBUMI TROPIKAL

AMIN

KHALAS

2 ulasan:

  1. Kesejahteraan alam dan manusia woit baik kita sokong

    BalasPadam
  2. forest city dah ada cukuplah...

    BalasPadam