Ahad, 5 Mei 2024

syarikat israeel di jemput sama ?

 


1,324 firma dari 60 negara sertai DSA-NATSEC 2024

KUALA LUMPUR- Sebanyak 1,324 syarikat pempamer dari 60 buah negara akan mengetengahkan aset-aset pertahanan dan keselamatan yang moden dan tercanggih dalam Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (DSA-NATSEC) 2024  yang diadakan di Pusat Pameran Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Jalan Duta bermula esok.

Menteri Pertahanan Mohamed Khaled Nordin berkata, ia adalah penyertaan terbesar dalam sejarah penganjuran yang memasuki edisi ke-18 tahun ini.

“Lebih signifikan, sebanyak 34 negara mempamerkan pavilion sendiri dan sudah tentulah ia adalah sesuatu perkara yang membanggakan serta menggembirakan semua pihak khususnya Malaysia.

“Pada tahun ini, kita meningkatkan ruang pameran kepada 48,000 meter persegi bersama dengan peningkatan dalam bilangan delegasi terutama orang kenamaan peringkat tinggi (VIP) dari negara luar, dalam jumlah sebanyak 400 delegasi dari lebih 50 negara dan wilayah.

“Selain itu, untuk pameran edisi ke-18 kali ini, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Türkiye, Amerika Syarikat, Itali dan China, yang sudah pasti bakal menarik perhatian peserta dan orang ramai yang hadir ke pameran itu nanti dengan ruang pameran pavilion terbesar,” katanya dalam sidang media di MITEC hari ini.

Beliau berkata demikian selepas hadir bersama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan meninjau persiapan akhir menjelang pameran terulung itu.

Dalam perkembangan sama, katanya lagi, terdapat tiga negara baharu yang bakal menyertai keluarga DSA-NATSEC buat pertama kali dalam pameran esok iaitu Iran, Singapura dan UAE.

Tambah beliau, penyertaan yang terbesar dan memberangsangkan pameran DSA NATSEC kali ini sudah akan menjadi satu sokongan bagi memastikan komiten Malaysia bukan sahaja berjaya mencapai objektifnya tetapi menjadi tarikan utama di rantau ini.

“Saya berharap melalui apa yang dipamerkan tahun ini akan meningkatkan lagi kedudukan negara selain kerajaan dan Kementerian Pertahanan mahu melihat kualiti dan ranking pameran pertahanan dan keselamatan ini naik taraf supaya dunia dapat melihat DSA menjadi antara pameran tersohor di dunia,” katanya pada sidang media selepas melakukan walkabout di sini.

Khaled menambah, DSA kali ini bakal mempamerkan pavilion Sistem Pesawat Tanpa Juruterbang (UAV), dron serta pavilion robotik, selain angkatan tentera masa depan  yang bakal mengetengahkan kreativiti produk pempamer.

Ditanya mengenai antara topik penting yang akan menjadi fokus dalam pameran tersebut, Khaled menambah, kementeriannya menganjurkan dua sesi seminar dalam pameran DSA kali ini.

“Salah satunya adalah seminar memperkasa keselamatan negara, tadbir urus dan rakan kerjasama, ’emerging technology dan ancaman semasa.

“Dengan penganjuran seminar ini, saya percaya hasilnya akan memanfaatkan semua pihak dalam pameran tersebut,” ujarnya sambil menambah kehadiran ramai pemimpin kerajaan ke pameran itu diyakini menggalakkan rangkaian kerjasama serantau dan menyumbang kepada keamanan dunia. 

BETUL KE

SYARIKAT ISRAEL

ADA DATANG ?

AMIN

JIKA BENAR

INI SUDAH BERAT

AMIN

SYARIKAT SENJATA

BUNUH PALESTIN

AMIN

KITA PULAK CAKAP

SOKONG PALESTIN

AMIN

NAMPAK DULAK

DALIK PUTAR BALIK

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan