Sabtu, 11 Mei 2024

TIPU HELAH GENCATAN SENJATA





Israel serang Rafah selepas rundingan gencatan senjata berakhir
GAZA CITY – Israel menyerang Rafah yang menjadi tumpuan pelarian Palestin dari seluruh Gaza selepas rundingan gencatan senjata dengan Hamas berakhir.

Wartawan AFP di Semenanjung Gaza awal Jumaat menyaksikan serangan artileri ke atas Rafah di sempadan selatan wilayah itu dengan Mesir manakala saksi melaporkan serangan udara dan pertempuran di Bandar Gaza jauh ke utara.

Pasukan perunding Israel dan Hamas meninggalkan Kaherah pada Khamis selepas apa yang disifatkan oleh tuan rumah Mesir sebagai “pusingan dua hari” rundingan tidak langsung mengenai syarat gencatan senjata Gaza, menurut Al-Qahera News yang berkaitan dengan perisikan Mesir.

Semua mata tertumpu pada Rafah dalam beberapa minggu kebelakangan ini, di mana populasi telah meningkat kepada kira-kira 1.5 juta selepas ratusan ribu rakyat Palestin melarikan diri dari pertempuran dan pengeboman di kawasan lain di Gaza dalam usaha mencari keselamatan yang terdesak.

Negara-negara di seluruh dunia termasuk penyokong utama Israel, Amerika Syarikat, telah menggesa Israel supaya tidak melanjutkan serangan daratnya ke Rafah, memetik kebimbangan akan jumlah orang awam yang besar.

Israel bagaimanapun menegaskan untuk mencapai matlamat perangnya, ia mesti menghantar tentera darat ke bandar it, di mana ia mendakwa pemimpin kanan tentera Hamas bersembunyi.

Israel sejak Selasa telah menjalankan operasi ketenteraan di bahagian Rafah, dan merampas kawalan sempadan utama ke Mesir, mencetuskan kecaman daripada kumpulan bantuan yang bergantung pada lintasan untuk menghantar bantuan ke wilayah itu.-AFP

HAMAS SETUJU

DAN TERIMA

SYARAT GENCATAN

SENJATA


MIN

ISREAL SERANG

MAKA RUNDINGAN

HANYA HELAH

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan