Ahad, 19 Mei 2024

UKRAINE SUDAH KALAH


Hampir 10,000 dipindahkan di wilayah Kharkiv, Ukraine - Gabenor

KYIV: Hampir 10,000 orang terpaksa meninggalkan rumah mereka di wilayah Kharkiv timur laut Ukraine sejak serangan darat yang dilancarkan oleh tentera Russia pada 10 Mei, menurut gabenor wilayah itu, Oleg Synegubov.

"Selepas lebih seminggu serangan itu, sebanyak 9,907 orang sudah dipindahkan," katanya.

Menurut Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, serangan itu mungkin hanya gelombang pertama bagi serangan yang lebih luas.

Mereka terpaksa melarikan diri selepas tentera Russia berjaya mara antara lima hingga 10 kilometer di sepanjang sempadan timur laut sebelum dihalang oleh tentera Ukraine.

Synegubov berkata, angkatan tentera Ukraine telah menangkis dua percubaan untuk menembusi pertahanan semalaman.

"Keadaan terkawal dengan pertahanan di kawasan tertentu melakukan serangan," katanya.

Sebelum itu, Moscow menyerang beberapa penempatan termasuk Vovchansk, hanya lima kilometer dari sempadan.

"Di kawasan bandar Vovchansk, tentera Ukraine sedang memperkuat pertahanan mereka," kata Synegubov.

Sehari sebelum itu, beliau berkata, tentera Russia mula memusnahkan Vovchansk dan semuanya, tetapi 200 penduduk berjaya melarikan diri daripada pertempuran.

Tentera Russia berjaya menawan 278 kilometer persegi antara 9 dan 15 Mei, sejak akhir 2022, menurut perkiraan AFP menggunakan data daripada Institut Kajian Perang (ISW).

Serangan Russia boleh terdiri dalam beberapa gelombang iaitu gelombang pertama di wilayah Kharkiv, menurut Zelensky.

"Kami harus sedar dan memahami bahawa mereka akan masuk lebih dalam ke wilayah kami, dan itu masih kelebihan mereka," katanya. Bercakap mengenai serangan semasa lawatan ke China semalam, Presiden Russia, Vladimir Putin berkata, ia adalah tindak balas kepada Ukraine membedil kawasan sempadan. - AFP

UKRAINE SUDAH

KALAH PERANG

AMIN

LAGI LAMA PERANG

LAGI RAMAI

ASKAR UKRAINE

MATI

AMIN

RUSIA SEDIA

BERUNDING

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan