Rabu, 12 Jun 2024

BAKAR DAN HASUT



Teh tarik antara menu berdepan kenaikan harga selepas subsidi pukal diesel ditarik


Pengusaha restoran tidak menolak kemungkinan terpaksa menaikkan harga susulan langkah Putrajaya menamatkan subsidi pukal untuk diesel yang menyaksikan harga bahan api yang banyak digunakan oleh sektor industri itu melonjak ke RM3.35 seliter.

Beberapa pemilik restoran yang ditemui MalaysiaNow berkata antara yang terkesan termasuk teh tarik, menu paling popular di Malaysia.

Ini kerana mereka menjangkakan barangan seperti serbuk teh dan susu sejat akan bertambah mahal.

Jurucakap sebuah gabungan restoran India berkata kenaikan harga diesel yang berkuatkuasa pada Isnin memberikan kesan domino bermula dari logistik ke bahan mentah dan akhirnya harga makanan.

"Beberapa ahli kami sudah menerima makluman bahawa vendor dan pembekal akan menaikkan harga," kata N Shanmugam, setiausaha agung Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia.

"Kami masih belum menerima hitam putih mengenai kenaikan itu," katanya dan menambah antara bahan yang terkesan ialah serbuk teh tarik.

Shanmugam bagaimanapun berkata pengusaha restoran tidak akan menaikkan harga selagi mana pembekal mengekalkan harga.

Harga diesel di Semenanjung Malaysia meningkat kepada RM3.35 seliter mulai 10 Jun, dalam fasa pertama rancangan kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim untuk menoktahkan subsidi pukal melibatkan beberapa barangan asas. 

Kerajaan turut mengumumkan pelaksanaan program Budi Madani, di mana pengguna yang layak boleh menuntut pembayaran RM200 sebulan sebagai gantirugi kenaikan diesel, selain fleet card untuk beberapa jenis pengangkutan seperti bas sekolah, ambulans dan teksi.

Pemborong, pembekal umum kenaikan harga selepas Putrajaya batal subsidi pukal diesel

Kenaikan harga diesel itu mengundang kemarahan umum, yang disalurkan di media sosial dalam bentuk kecaman dan sindiran, termasuk mengulangi janji Anwar dan Pakatan Harapan untuk menurunkan harga minyak dengan cara memindahkan hasil petroleum negara kepada rakyat. 

Semalam, Anwar mengakui keputusan mengapung diesel akan menyebabkan kenaikan harga barang.

"Saya tidak kata barang tidak naik. Tapi kadang-kadang dalam perbincangan kita (menyebut) Anwar kata barang tidak naik. Tak ada," katanya.

Sektor makanan dan minuman terkesan oleh inflasi sejak beberapa tahun selepas pandemik Covid-19 di samping faktor geo-politik lain, termasuk kenaikan harga ayam, kekurangan bekalan telur, beras dan bawang.

Sementara itu, Persatuan Restoran Melayu Kelantan berkata kebanyakan pengusaha restoran kini dalam dilema dengan kenaikan harga barangan.

"Macam mana kami hendak serap kenaikan harga barang? Keuntungan kami pun cukup-cukup sahaja. Harga bahan-bahan lain pun sebelum ini sudah naik dengan banyak," kata pengerusinya, Nik Hassan Mohd Zain kepada MalaysiaNow.

Menurut Nik Hassan, ramai pemilik restoran di bawah persatuannya menerima notis kenaikan harga bahan makanan daripada pembekal.

Memberi contoh, beliau berkata harga bahan-bahan untuk menu roti tempayan termasuk kuah telah naik daripada RM120 kepada RM200 untuk kuantiti sama.

Seorang pengusaha kedai makan di Subang Bestari, Selangor berkata kenaikan harga bahan mentah sudah pun berlaku.

Syawaludin Zainal memberi contoh harga daging ayam sejuk beku tanpa tulang yang meningkat kepada RM31 untuk 10 keping sejak Isnin, daripada harga asal RM26.

"Buat masa ini kami belum naikkan lagi harga menu makanan, tetapi mungkin terpaksa naikkan jika pembekal turut menaikkan harga kerana mereka menghantar bahan mentah menggunakan lori," katanya.

Jelasnya, satu cara pembekal untuk tidak mengenakan caj tambahan ialah dengan meningkatkan jumlah minimum untuk sesuatu pesanan.

Jenama kopi tempatan, Kopi Hainan, turut mengumumkan kenaikan harga.

Ia berkuatkuasa pada 15 Julai, dengan harga menu Original Kopi Hainan bersaiz 22oz naik 50 sen kepada RM4.50 di semua cawangannya.

Syarikat itu bagaimanapun menafikan keputusan itu ada kaitan dengan kenaikan harga diesel.

"Kos bahan mentah semasa kami yang dah lama naik seperti susu, cawan plastik dan yang terbaru biji kopi dinaikkan harga oleh pihak pembekal kami," tambahnya.


HARGA BARANG

TERUS NAIK

AMIN

INI BERITA BAIK

UNTUK HASUT

RAKYAT BENCI

MADANON

AMIN

INI PELURU

SENAPANG GAJAH

UNTUK TEMBAK

MADANON

AMIN

HASUT BAKAR

CURAH MINYAK

BAGI RAKYAT

BENCI MADANON

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan