Jumaat, 28 Jun 2024

BILA MUSUH MEMBALAS



Pengulas politik heret kerajaan ke mahkamah selepas akaun TikTok disekat


Seorang pengulas media sosial popular telah memfailkan semakan kehakiman terhadap kerajaan bagi mencabar sekatan akaun TikToknya, dalam tindakan terbaru terhadap langkah Putrajaya memadam kandungan dalam talian yang mengkritik pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Na'im Brundage, yang aktif memuat naik klip-klip pendek mempersoalkan tindak tanduk kerajaan dalam bentuk sindiran dan teguran, menamakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan kerajaan Malaysia dalam permohonannya. 

"Tindakan semakan kehakiman ini bukan sahaja bertujuan untuk membatalkan sekatan terhadap akaun-akaun TikTok saya, tetapi juga untuk memastikan SKMM menghentikan sebarang tindakan yang bercanggah dengan hak kebebasan bersuara yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan," kata Na'im dalam satu kenyataan.

"Kebebasan bersuara ialah hak asasi yang harus dihormati dan dilindungi, dan tindakan pihak berkuasa menyekat suara-suara di media sosial tidak boleh diterima." 

Statistik dikeluarkan baru-baru ini menunjukkan kerajaan Malaysia antara pihak paling banyak memohon TikTok untuk menyekat kandungan.

Na'im beberapa kali terpaksa membuka akaun TikTok baharu selepas akaunnya dipadamkan setiap kali memuat naik kandungan mengkritik kerajaan.

Sebelum ini, Putrajaya mengakui MCMC meminta penyedia platform seperti TikTok untuk memadamkan video.

Sejak mengambil alih kuasa pada November 2022, kerajaan campuran pimpinan Anwar mengancam TikTok kerana tidak senang dengan penggunaan meluasnya oleh penyokong pembangkang.

MalaysiaNow sebelum ini melaporkan ramai pempengaruh yang mengkritik kerajaan seperti Ratu Naga dan YB Viral juga telah dipadamkan akaun TikTok mereka.

Sekatan berleluasa kandungan kritik kerajaan dan juga portal berita menyebabkan Malaysia jatuh 34 anak tangga, ditempatkan di kedudukan ke-107 dalam Indeks Kebebasan Akhbar Dunia tahun ini.

BRO

TAHNIAH !!!

AMIN

BILA MUSUH

MENEKAN

BILA MUSUH

MENANGKIS

ITU PERKARA BAIK

AMIN

MAKNANYA APA

YANG KITA LAKUKAN

BERKESAN DAN

MENAKUTKAN MUSUH

AMIN

JIKA MUSUH

TAK AMBIL POT

ITU MAKNANYA

APA YANG KITA

BUAT SIA SIA

TAK MENGANCAM

MUSUH

AMIN

ATAU KITA DAH

SEBARIS DGN MUSUH

AMIN

KHALAS







Tiada ulasan:

Catat Ulasan