Selasa, 4 Jun 2024

INI KERJA GOL N GINCU


Peguam dakwa SKMM sekat siaran FB berhubung isu Asia Mobiliti


PEGUAM Shamsher Singh Thind mendakwa catatan Facebooknya mengenai Asia Mobility Technologies Sdn Bhd (Asia Mobiliti) telah disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Shamsher mempersoalkan sama ada Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching terlibat kerana mempertahankan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh terhadap dakwaan nepotisme dalam program Transit Responsif Permintaan (DRT) membabitkan syarikat yang dikaitkan dengan suaminya.

“Post saya dah kena blocked di Malaysia. DAP selalu cakap pasal open tender, jadi saya pun tanyalah apa yang di-opennya dalam skandal DRT ini kerana tender kan tak ada. Salahkah?

“Saya tahu, Teo Nie Ching, kamu telah mempertahankan Hannah Yeoh. Dan saya tahu kamu ialah timbalan menteri komunikasi, yang berkuasa atas MCMC.

“Jadi saya nak tanya kamu, adakah kamu telah menggunakan agensi kerajaan seperti MCMC untuk menutup mulut orang yang mengkritik kawan separti dan sekabinet kamu?” kata Shamsher menerusi posting di Facebooknya. 

Pada 29 Mei lalu, Teo mempertahankan Yeoh selepas kerajaan Selangor didakwa nepotisme dalam pemberian kontrak pengangkutan awam untuk menambah baik perkhidmatan bas di negeri itu.

Teo berkata adalah terlalu awal untuk Yeoh berundur kerana tiada siapa yang menunjukkan bukti konkrit konflik kepentingan atau penyalahgunaan kuasa seperti yang didakwa.

“Saya fikir adalah tidak adil untuk meminta Yeoh meletak jawatan dan jika siasatan membuktikan terdapat penyalahgunaan kuasa maka saya percaya dia akan bekerjasama dengan siasatan dengan betul dan teliti.

“Bagaimanapun, persoalan sama ada dia perlu meletakkan jawatan, saya fikir, masih terlalu awal,” katanya.

Shamsher juga berkata Pakatan Harapan telah berjanji untuk memansuhkan undang-undang zalim dalam manifesto parti itu.

“Jangan kamu lupa, Pakatan Harapan telah berjanji (Janji Ke-27 dalam Buku Harapan) untuk menghapuskan undang-undang zalim.”

Shamsher berkata beliau akan menghantar surat ke Facebook untuk mengesahkan tuntutan undang-undang yang diterima oleh syarikat media sosial itu.

Pada hujung minggu lalu, suami Yeoh, Ramachandran Muniandy berkata syarikatnya dipilih oleh kerajaan Selangor untuk projek perintis perkhidmatan pengangkutan berdasarkan merit dan bukan kerana dia telah berkahwin dengan seorang menteri.

Beliau juga berkata syarikatnya – Asia Mobility Technologies Sdn Bhd – telah memenuhi semua keperluan yang diperlukan untuk menjadi penyedia perkhidmatan bagi sistem transit responsif permintaan (DRT) Selangor Mobility.

Syarikat itu diberi tempoh sembilan bulan untuk menjalankan projek itu secara percubaan sejak November tahun lalu.

Pelantikan langsung Asia Mobiliti telah mendapat perhatian awam berhubung kaitan syarikat itu dengan Yeoh.

Ramachandran ialah pengasas bersama dan ketua pegawai eksekutif Asia Mobiliti.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki sebelum ini berkata tiada keperluan untuk menyiasat kes itu kerana tiada jenayah dilakukan.

Beliau berkata ini kerana kontrak Inisiatif Mobiliti Selangor tidak diberikan kepada syarikat itu oleh kementerian Yeoh tetapi oleh kerajaan Selangor.

Sementara itu, Yeoh mengalu-alukan penyiasatan SPRM, dan mengatakan dia mahu “melihat kebenaran daripada siasatan ini. – 4 Jun 2024.

BILA SKMM

SEKAT ERTINYA

PERKARA ITU

BETUL

AMIN

KALAU KORUP

KENAPA PERLU

DI SEKAT

JENG JENG JENG

AMIM

INI SALAH GUNA

KUASA

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan