Ahad, 9 Jun 2024

ISLAM SESAT BERANI LAWAN ZIONIS ISRAEL


Tentera Laut UK dakwa kapal dagang terbakar terkena peluru berpandu di Teluk Aden

KAHERAH: Tentera Laut United Kingdom (UK) mendakwa sebuah kapal dagang terbakar selepas terkena peluru berpandu di Teluk Aden, lapor German News Agency (dpa).

Agensi Operasi Perdagangan Maritim United Kingdom (UKMTO), yang menjadi sebahagian daripada Tentera Laut Diraja Britain, berkata kapal berkenaan terkena peluru berpandu yang tidak dikenalpasti pada 11.40 malam semalam waktu tempatan kira-kira 70 batu nautika (130 kilometer) dari barat daya Teluk Aden.

Menurut UKMTO, insiden terbabit menyebabkan kapal berkenaan terbakar. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiawa dilapor.


Katanya, proses baik pulih kerosakan sedang dijalankan dan kapal berkenaan sedang menuju ke pelabuhan seterusnya.

UKMTO bagaimanapun tidak memberikan sebarang butiran terperinci mengenai bagaimana insiden terbabit berlaku dan menasihatkan kapal berkenaan berhati-hati ketika transit di kawasan itu.

Teluk Aden berada di kawasan luar pantai Yaman yang menghubungkan Laut Arab dan Laut Merah. Kumpulan pemberontak Houthi yang disokong Iran berulang kali menembak kapal dagang di kawasan itu sejak tercetusnya perang di Palestin pada Oktober tahun lalu.

Mac lalu, UKMTO mendakwa jumlah insiden maritim di Laut Merah dan Teluk Aden telah meningkat sebanyak 475 peratus sejak serangan kumpulan Houthi ke atas kapal dagang tercetus.

Laluan berkenaan adalah salah satu laluan perkapalan terpenting bagi sektor perdagangan dunia.

Kapal dagang menggunakan laluan berkenaan dan mengembara dari Lautan Hindi sebelum sampai ke Laut Mediterranean dengan melalui Terusan Suez di Mesir.

Sebagai tindak balas kepada serangan terbabit, Amerika Syarikat (AS) dan UK melakukan beberapa serangan ketenteraan terhadap kumpulan Houthi yang berpangkalan di Yaman.

Kesatuan Eropah (EU) juga melaksanakan operasi ketenteraan bagi melindungi kapal dagang di Laut Merah.

TAHNIAH

ISLAM SESAT

BERANI SERANG

KAPAL ZIONIS

ISRAEL

AMIN

ISLAM TAK SESAT

HANYA BERANI

JUAL HARTA 

NEGARA

PADA BLACKROCK

ZIONIS YAHUDI

AMIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan