Sabtu, 1 Jun 2024

KENAPA POLIS BOHONG ?



Saya tidak tarik balik laporan polis, kata pemandu Grab dakwa diserang pegawai pengiring TMJ


Seorang pemandu Grab yang kurang upaya yang membuat laporan polis mendakwa dipukul seorang pengawal pengiring kepada pemangku sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menafikan dia sudah menarik balik laporan polis tersebut, dalam kenyataan yang dilihat bercanggah dengan dakwaan Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa.

Ong Ing Keong, 46, seorang OKU pekak dan bisu sebaliknya berkata dia diberi pilihan oleh pegawai polis yang menguruskan kes itu sama ada menerima sejumlah wang daripada wakil istana yang berada di balai, atau berdepandengan tindakan telefonnya dirampas jika kes itu dipanjangkan ke mahkamah.

"Polis menyimpan telefon saya berjam-jam dan tidak membenarkan saya menjawab teks yang masuk. Telefon itu nyawa saya, saya perlukannya untuk bekerja," katanya pada sidang media yang dianjurkan kumpulan hak asasi manusia Lawyers For Liberty di Petaling Jaya hari ini.

Ong berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat dengan bantuan seorang penterjemah.

Sebelum ini, Rusdi mendakwa kes berkenaan telah "diselesaikan" secara baik sambil merujuk laporan polis kedua dibuat Ong pada hari sama.

Menceritakan kejadian itu, Ong berkata dia sedang menunggu penumpang di Hotel St Regis sebelum kereta polis tiba ke lobi hotel. 

Dia kemudian dihampiri seorang lelaki berbaju hitam yang memintanya mengalihkan kereta. 

"Penumpang saya masih belum masuk kereta. Saya beritahu polis untuk tunggu kerana saya menunggu bonet kereta ditutup. Tiba-tiba ada satu tangan menumbuk pipi sebelah kiri saya. Saya rasa sakit, kebas dan sedikit keliru," katanya.

Ong berkata susulan laporan polisnya, dia menerima wang RM800 yang diberikan oleh wakil istana namun ia tidak bermakna dia mahu kes tersebut selesai.

Ong menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur selepas mengalami lebam pada bibir menyebabkan kesukaran untuk makan.

Tambahnya, dia mengalami kerugian kerana tidak mampu bekerja selepas insiden tersebut.

"Sejak kes itu saya tidak boleh bekerja. Sehari saya mendapat kira-kira RM400 ke RM500 hasil e-hailing," katanya yang sudah tujuh tahun bekerja sebagai pemandu e-hailing.

Dalam pada itu, peguam Latheefa Koya yang mewakili Ong berkata, pihaknya akan bertemu polis pada Sabtu untuk mendapatkan maklumat daripada pihak berkuasa.

"Kita akan melihat apa tindakan selepas ini. Sudah tentu kami mahu mencari keadilan dan mencari siapa si pelaku.

"Mengapa dia tidak ditahan. Kami akan ikut semua pilihan perundangan yang ada," katanya. 

Tunku Ismail turut mahu laporan polis dibuat Ong disiasat dan keadilan diberikan kepada mangsa.

"Saya menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat secara menyeluruh berkaitan kejadian seorang pegawai polis pengiring yang didakwa melakukan perbuatan berbahaya. Saya berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan mengikut undang-undang dan memberi keadilan sebaiknya kepada mangsa."

"Saya juga sedar ada gerakan mengheret institusi diraja dengan menggunakan insiden ini, tetapi mengaitkan tindakan anggota keselamatan luar dengan diri saya dan seluruh institusi diraja adalah tidak wajar," katanya dalam kenyataan hari ini.

WOIT

PASAI APA

POLIS KATA

KES DAH SELESAI

AMIN

SAPA  SELESAIKAN

JENG JENG JENG

AMIN

TUAN PUNYA BADAN

KATA DIA MAHU

PENYERANG

DI DAKWA

AMIN

WAT IS DE BEKOS

POLIS BERBOHONG

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan