Khamis, 20 Jun 2024

MELAWAN ZIONIS BUKAN MENYOKONG ZIONIS



Hizbullah akan bedil seluruh Israel, ancam serang Cyprus


BEIRUT: Hizbullah menegaskan tiada seorang pun dari Israel akan terselamat dalam peperangan, selepas rejim Zionis itu meluluskan rancangan untuk menyerang Lubnan hingga mencetuskan kebimbangan konflik Gaza merebak.

Ketua Hizbullah, Hassan Nasrallah, berkata tiada tempat di Israel akan terhindar dari roket mereka, dalam ucapan di televisyen di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat merentasi sempadan Israel-Lubnan.

Nasrallah yang kumpulannya disokong Iran berbalas tembakan hampir setiap hari dengan Israel sejak serangan sekutunya Hamas pada 7 Oktober.

Nasrallah turut mengancam negara jiran Lubnan, Cyprus akan diserang jika mereka membuka lapangan terbang atau pangkalan kepada Israel untuk menyasarkan Lubnan.

Cyprus, iaitu pulau di Mediterranean menempatkan dua pangkalan tentera British termasuk pangkalan udara, tetapi mereka berada dalam wilayah berdaulat British dan tidak dikawal oleh kerajaan Cyprus.

Presiden Cyprus, Nikos Christodoulides menafikan pembabitan negaranya dalam perang dan berkata itu sebahagian daripada penyelesaian melalui peranannya sebagai koridor kemanusiaan maritim ke Gaza yang diiktiraf oleh seluruh masyarakat antarabangsa.

Sementara itu, perang di antara Israel dan Hamas terus berlarutan dengan saksi dan agensi pertahanan awam di Semenanjung Gaza melaporkan serangan dron dan tembakan Israel di barat Rafah hingga membunuh sekurang-kurangnya tujuh orang.

Pegawai perubatan di hospital di Khan Yunis berkata, 10 mayat dibawa ke kemudahan itu selepas serangan udara Israel membunuh sekumpulan orang di jalan Salah al-Din, timur bandar Rafah, ketika menunggu trak bantuan tiba.

Jihad Islam, kumpulan bersenjata Palestin yang sekian lama berjuang bersama Hamas, berkata kumpulan mereka sedang memerangi tentera di tengah-tengah serangan Israel ke Rafah barat.

Peperangan itu merebak ke seluruh wilayah, menarik dalam beberapa kumpulan yang disokong Iran mengatakan mereka bertindak sebagai sokongan kepada rakyat Palestin di Gaza. - AFP



HIZBOLLAH SAH

 BUKAN MAIN

WAYANG

MELAWAN

ZIONIS YAHUDI

AMIN

BUKAN JUAL

HARTA NEGARA

UNTUK SOKONG

YAHUDI ZIONIS

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan