Jumaat, 21 Jun 2024

MIMPI BASAH PARTI BERSATU

 



Speaker terima notis pengosongan 6 kerusi Parlimen


KETUA Whip Bersatu Ronald Kiandee mendesak Yang Dipertua Dewan Rakyat Johari Abdul untuk memastikan pilihan raya kecil (PRK) diadakan dalam tempoh 21 hari selepas menerima notis pengosongan kerusi.

Ronald berkata notis berkaitan kekosongan kerusi membabitkan enam wakil rakyat Bersatu, di mana keahlian mereka ditamatkan, sudah dihantar dan diterima pejabat yang dipertua hari ini.

“Maka mengikut perenggan 3 Artikel 49A Perlembagaan Persekutuan, yang dipertua Dewan Rakyat perlu memastikan kekosongan luar jangka kerusi itu diisi dalam tempoh 21 hari selepas notis diterima.

“Perkara ini juga sudah dijelaskan oleh bekas yang dipertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ronald berkata notis berkaitan Jeli, Gua Musang, Bukit Gantang, Kuala Kangsar, Tanjong Karang dan Labuan, yang dihantar semalam, perlu dihormati terutama memandangkan Seksyen 18C Akta Persatuan menyatakan keputusan parti politik adalah muktamad dan konklusif.

Beliau berkata pengisytiharan DUN Kelantan berkaitan kekosongan kerusi Nenggiri mengikut perlembagaan negeri dan selaras Perlembagaan Persekutuan, perlu dimaklumi.

Dilaporkan Bersatu menarik kealian parti enam wakil rakyatnya berkuatkuasa serta-merta dan notis dikeluarkan kepada ahli terbabit memaklumkan pemecatan itu.

Enam ahli Parlimen Bersatu yang menyokong perdana menteri sebelum ini ialah Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul (Bukit Gantang), Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang). – 20 Jun, 2024.

WOIT

INI MIMPI BASAH

PARTI BERSATU

KAH KAH KAH

NAK BUAT PRK

MINTA MUSUH 

SETUJU

KAH KAH KAH

 KES DUN NEGIRI 

KE MAHKAAMAH

BICARA LAMBAT

AKHIRNYA TAKDA

PRK

KAH KAH KAH

WOIT 

BERSATU BUAT

KERJA POLITIK

SUSUN RAKYAT

TURUN KE JALAN

AMIN

LEBIH AFDAL DARI

MINTA MUSUH

BUAT 6 PRK

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan