Rabu, 19 Jun 2024

SATU LAGI PRK ?


DUN Nenggiri diisytiharkan kosong


KUALA LUMPUR – Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di Kelantan hari ini diisytiharkan kosong.

Keputusan itu diumumkan Yang di-Pertua DUN Kelantan,  Mohd Amar Nik Abdullah selepas pihaknya menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Tubuh daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim pada 13 Jun.

“Maka dengan ini saya mengisytihar menurut Fasal 1 Perkara 31A bahawa berlaku kekosongan luar jangka kerusi DUN Nenggiri diwakili Mohd Azizi.

“Maka dengan ini menurut Fasal 4(4) Perkara 31A, kekosongan kerusi perlu diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima notis kekosongan,” katanya dalam satu sidang media di Kota Bharu, Kelantan hari ini.

Jelas Mohd Amar, ia ekoran Bersatu pada 12 Jun lalu yang memaklumkan hilang keahlian BERSATU dan seterusnya berlaku kekosongan luar jangka kerusi berkenaan.

Keputusan itu dibuat selepas Mohd Azizi yang juga ADUN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang juga Ahli Parlimen Gua Musang sebelum ini mengikrar sokongan kepada Kerajaan Madanon.

Bersatu sebelum ini menghantar notis pemberhentian keahlian kepada enam ahli Parlimen dan seorang ADUN.

Ia selepas mereka gagal memberi sebarang jawapan berkaitan surat arahan bertulis Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti untuk menzahirkan ikrar taat setia kepada parti itu. – 

BETUL KE

ADA PRK?

 ATAU MIMPI

KAH KAH KAH

KES NI AKAN

PERGI MAHKAMAH

AMIN

MAHKAMAH AKAN

PANJANGKAN 

HINGGA  BERTAHUN

KAH KAH KAH

AKHIRNYA INI

TAK DA PRK

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan