Selasa, 4 Jun 2024

TEATER YB TERESA KOK


TEATER 

YB TERESA KOK


Saya telah menulis tentang Teater Hajarul Aswad – Teater Blackrock. Kali ini saya nak menulis tentang Teater  YB Teresa Kok yang masih hangat dalam media.

Sebelum saya berlabun panjang adalah  baik saya selongkar kembali Teater 9/11 World Trade Center New York. Teater 9/11 ini bertaraf global.

Saya selongkar  untuk kita memahami kenapa  dan mengapa teater dipentaskan. Juga untuk memahami tujuan teater dipentaskan

Mengikut Wikipedia : Serangan 11 September, yang biasanya dikenali sebagai 9/11. Ini ialah empat serangan pengganas Islam berani mati  yang diselaraskan dan  dilakukan oleh al-Qaeda terhadap Amerika Syarikat pada 11 September 2001.

Di pagi itu, 19 orang pengganas Islam ini telah merampas empat  kapal terbang  komersial yang dijadualkan terbang dari Pantai Timur ke California. Dua pesawat yang dibajak telah   melanggar Menara Berkembar Pusat Dagangan Dunia di New York City.

Menara ikon New York ini hancur musnah. Lebih 3,000 nyawa melayang.

Secara resmi Rumah Putih menuduh  serangan ini dilakukan oleh Al-Qaeda dan Usama Bin Ladin.

Hari ini 70% warga Amerika percaya bahawa ledakan pada pagi 11 September 2001 adalah kerja orang dalam. 

Teater 9/11 ini ditaja oleh CIA, FBI dan Mossad.  Tujuan teater ini dipentaskan ialah mengolah persetujuan untuk menyerang  Iraq. Ketika ini Iraq di bawah pimpinan Saddam Hussein  - satunya negara Arab yang memiliki kekuatan dan bersedia untuk melawan Israel. 

Saddam Hussein pemimpin nasionalis Arab dianggap bahaya untuk Zionis Israel. Maka Iraq dan Saddam wajib di musnah. Ini tujuan pementasan teater 9/11.

Ada tujuan sekunder : Penerbit  Teater 9/11 ialah Daulah Terpendam – Deep State  yang ingin memastikan industri perang terus berjalan.

Sesudah Teater 9/11 dipentaskan warga Amerika bersetuju untuk mengurangkan kebebasan mereka demi keselamatan. Justeru Undang-Undang Patriot Act diluluskan. 

 Talipon peribadi boleh diintip. Surat dan e-mail boleh diintip tanpa melalui  arahan mahkamah.

 Akta Patriot mempunyai matlamat yang dinyatakan untuk mengetatkan keselamatan  Amerika terutamanya yang berkaitan dengan keganasan asing. 

Dalam Teater 9/11 ada bangunan runtuh. Ada warga mati. Satu dunia heboh. Ada apa dengan Teater Teresa Kok. Tiada sapa mati.

Sabar dulu.

Hari masa dan detik teater dipentaskan juga wajib tepat. Ini untuk tujuan menjual dan memasarkan teater  seluas mungkin..

Ingat kembali apa kejadian sebelum berita Teresa Kok heboh di media?

Ada berita dari Ulu Tiram. Heboh.  Balai Polis Ulu Tiram  telah diserang oleh seorang Jantan. Si Jantan ini datang dengan parang merampas pistol Abang Polis dan menembak mati Abang Polis.  Si Jantan juga di tembak mati.

Media melaporkan berita ini.

Ketua Polis Negara membuat sidang akhbar. Diumumkan  Si Jantan ialah anggota Jamaah Islamiyah.

Jamaah Islamiyah  ialah sebuah kumpulan ekstremis ketenteraan Islam. Kumpulan ini mempunyai kaitan dengan Abu Sayyaf dan al-Qaeda.  

Bila sebut al-Qaeda muka Usama bin Ladin muncul. Bila muka Usama muncul maka Teater 9/11  muncul bersama.
.
Negara jadi gempar dan resah. Apakah ekstremis Islam muncul kembali.   Ingatan kembali kepada Al-Maunah. Ingatan kembali kepada KMM - Kumpulan Mujahidin Malaysia.

Ekstremis Islam ini dikaitkan dengan Parti Islam Pas. Mata mula memandang juling kepada Parti Pas. Ada anggota Pas dari sejarahnya  terlibat dalam Al- Maunah dan Kumpulan Mujahidin.

Apa yang menjadikan Ulu Tiram sebahagian skrip teater ialah keesokan hari Ketua Polis Negara umum Si Jantan ini bukan anggota Jamiah Islamiyah.

Awal di umum JI kemudian di nafi JI. Pelik lagi di luar tabii.

Tapi bahaya ekstremis Islam telah terpahat dan tersebar luas . Malah Singapura juga  sama gempar. Ulu Tiram menjadi berita dunia. 

Media dan warga Internet mula heboh membincang tentang ekstremis Islam. 

Kes polis dibunuh di Ulu Tiram belum reda tertiba Malaysia jadi gempar sekali lagi. Kali ini dengan berita YB Teresa Kok menerima surat ancaman bersama dua butir peluru.

‘ Cibai lu Cina? Lu Akan Mati. Lu Tunggu!!! ‘ Ini isi surat yang diterima bersama dua butir peluru.

Apakah ini teater?

Apa yang menjadikan ini teater ialah cara Teresa mengurus berita ini. YB Teresa memanggil polis. Semua di rakam. Kemudian gambar-gambar rakaman ini disebar dalam media sosial bersama surat dari YB Teresa.

YB Teresa  mahu semua rakyat Malaysia menuntun lakonan dirinya.

Yang  tersurat dua butir peluru. Yang tersirat ada ekstremis Islam.

Simpati mula sampai. Disana sini kutukan di dengar – mengutuk ekstremis Islam. Bila ekstremis Islam disebut maka gambar yang tergambar ialah Parti Pas.

 Justeru orang kuat Pas YB Taki muncul memberi simpati kepada YB Teresa. YB Taki mengutuk ekstremis dan menyatakan Parti Pas menolak garis ekstremis Islam.

Apa yang menjadikan ini teater ialah kekarutan ancaman ini. Bila kita baca secara teliti apa yang berlaku jelas  babak Teresa Kok tidak masuk akal. 
Jika hendak bunuh YB Teresa mengapa perlu hantar surat. Mengapa membazirkan dua butir peluru. Kah kah kah.

Rumah dan alamat diketahui, kalau hendak bunuh apa perlu beri amaran. Beri amaran tujuan untuk buat heboh. Dalam kes YB Teresa hebohkan ekstremis Islam nak bunuh YB kapir China. 

Justeru babak ini menjadi komidi.  Malah ianya sah di teaterkan apabila YB Teresa mengedarkan dalam media sosial gambar  dia sedang berhadapan dengan pegawai penyiasat.

Kali ini muka tidak  pula dikaburkan. Ini menjemput  Ketua Parti MCA memberi komen  sinis tentang bahasa Melayu YB Teresa.

Apa tujuan Teater YB Teresa Kok dipentaskan?

Tujuan induk  untuk beri tahu rakyat Malaysia tentang bahaya ekstremis Islam.  Yang  tersurat bahaya ekstremis Islam. Yang tersirat bahaya Parti Pas. Apakah ini saja tujuan teater ini?

Sabar dulu. Sila ingat kembali kes Jantan Yahudi dengan enam pucuk pistol dan 200 butir peluru. Ada apa dengan kes ini ?

Ketika kita heboh dengan Ulu Tiram dan YB Teresa ada berita kecil: Tiga Lelaki Asing dihantar  pulang.... jeng jeng jeng.

Pelang ke mana? Ke negara mana ? Sapa tiga lelaki ini ?

Saya pun tidak tahu. Apa yang saya dengar ianya bersangkutan dengan Jantan Yahudi. Apa kah mereka terlibat sama dalam kes pistol dan peluru? Apakah mereka saksi kepada Jantan Yahudi ?

Semua tenggelam. Berita Tiga Jantan ini tidak jadi heboh. Kenapa? Kerana kita heboh  dengan Teater Yb Teresa  Kok.

Tapi inilah cara teater di pentas untuk mengolah persetujuan . Ada projek yang lebih besar di belakang semua ini.

Yb Teresa Kok hanya berlakon. Dia sendiri tidak sedar malah dia tidak tahu ini semua projek teater untuk mengolah persetujuan.
Ada Tok Dalang di belakang lakonan ini.

Awas dan waspada – pementasan teater juga wajib dipastikan dalam detik dan masa yang tepat.

Teater YB Teresa Kok berjaya menenggelamkan berita Tiga Jantan. Kita tidak tahu Jantan ini siapa. Jantan ini dari mana.  Justeru Teater YB Terasa berjaya  tembak mati dua burung dengan satu peluru.

Ini bukan bermakna YB Teresa sedar bahawa dia sedang diarah untuk berlakon. YB Teresa tidak sedar.  Saya yakin. Apa yang ditulis dan  yang digambarkan bukan dongeng. YB Teresa jujur dalam kesahnya. YB Teresa hanya berlakon. Amin 

Jika berlakon siapa pengarahnya – sapa Tok  Dalang ?

Ingat kembali kepada babak kepala babi dalam Masjid Jalan Klang Lama. Ingat kembali kepada kes simbah cat dalam masjid. Sampai hari ini tidak ada tangkapan. Ini berlaku di zaman Najib.

Pengarah dan penerbit teater Babi Dalam Masjid ini pastilah Daulah Terpendam – Deep State.

Sapa Dualah Terpendam ini ?

Daulah terpendam ialah satu kumpulan elit politik dan elit ekonomi yang mahu memastikan kepentingan kaum pemodal tidak diganggu gugat. Dalam masa yang sama  kepentingan Daulah Terpendam juga tidak terhapus. Kepentingan bersama di teruskan.

Akhirnya apa tujuan Teater Teresa Kok ini dipentaskan. Tujuan utama untuk mengolah persetujuan. Bukan udang di sebalik batu tapi ada ikan kaloi.

Persetujuan sedang di olah untuk menyediakan persetujuan orang ramai tidak membincangkan agenda Raja Bangsa dan Agama – atau 3R.

Agenda utama ialah untuk menghalang orang ramai  dan parti politik dari berbincang tentang Agama, Raja dan Bangsa. Ini kerana tiga perkara ini  adalah bom nuklear yang dimiliki oleh Parti Pas.

Kekuatan parti Pas bergantung pada Agama dan Bangsa – manakala Raja itu hanya aji-no-moto. Tidak ada pun tidak mengapa. Bom nuklear PAS masih boleh meledak.

Pas memiliki 4 jenis bom nuklear. Pertama Bom Sekular. Kedua Bom Liberal. Ketiga Bom Plural  dan Keempat Bom LGBT.  Pakatan Harapan dan Parti Keadilan Rakyat tidak ada – Iron Dome – tembok besi untuk  menangkis  senjata nuklear Pas ini.

Justeru – hanya satu jawapan – wujudkan hukum hakam – undang-undang atau akta untuk melarang Agama, Bangsa dan Raja di bincangkan.

 Saya  yakin ketika saya menggarap tulisan  ini para Menteri dan Para YB dalam kerajaan sedang berfikir untuk mewujudkan Akta ABR -  Agama Bangsa dan Raja.

Malah saya merasa ketika ini draf Akta ABR sedang dilakar.  Justeru teater untuk mengolah persetujuan sedang di pentaskan.

Jangan terperanjat Akta ABR ini mungkin lebih ganas dari ISA atau Akta Hasutan. Ini memandangkan Kerajaan Pakatan   hari ini lebih terdesak dari zaman Mahathir Mahazalim dan zaman 1MDB Najib.

Sila perhatikan akan  banyak berita keganasan, berita  ekstremis Islam dan  berita ini akan muncul selari dengan  berita Pas  dan PN makin popular. 

Berita ekstremis akan melonjak naik selari dengan  berita Anwar Ibrahim main wayang  dan imej sosok bernama Anwar Ibrahim makin merosot. 

Teliti media sosial kerana ini tanda Akta ABR akan sampai. Amin. (TT)




  


Tiada ulasan:

Catat Ulasan