Selasa, 25 Jun 2024

UMNO TOLAK BLACKROCK


Selepas kritik rancangan BlackRock, pemimpin Umno jadi sasaran 'cytro' PH


Sekurang-kurangnya tiga pemimpin Umno menjadi sasaran serangan penyokong Pakatan Harapan (PH) kerana tidak menyokong keputusan Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk membawa masuk sebuah syarikat milik pengurus dana kontroversi BlackRock sebagai rakan dalam konsortium menguruskan lapangan terbang.

Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan, Ketua Pemuda Akmal Saleh dan exco Pemuda, Nazifuddin Najib dimaki tentera siber (cybertroopers) PH di media sosial selepas menyatakan bantahan terhadap rancangan diumumkan bulan lepas, yang akan menyaksikan Malaysia Airports Holdings (MAHB) buat kali pertama menerima rakan kongsi asing.

Di bawah rancangan itu, Global Infrastructure Partners (GIP) milik BlackRock akan mengambil alih 30% kepentingan dalam konsortium untuk menguruskan MAHB bersama-sama Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dua entiti di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan diterajui Anwar.

Ia mencetuskan bantahan kerana peranan BlackRock memperkasakan ekonomi Israel dan pelaburannya yang meluas dalam industri senjata AS, selain dakwaan ia terlibat dalam kempen pembunuhan beramai-ramai Israel di Gaza yang setakat ini telah mengorbankan sekurang-kurangnya 35,000 orang awam.

Serangan terhadap mereka yang membantah rancangan itu dilancarkan melalui media sosial serta pelbagai saluran berita, ketika pengguna media sosial pro-kerajaan berdepan kebanjiran bantahan terhadap Anwar di samping gesaan supaya rancangan itu dibatalkan.

Penyokong kerajaan turut mengulangi naratif dibawa Anwar bahawa BlackRock telah lama hadir dalam pasaran modal Malaysia.

Antara sasaran utama serangan mereka termasuk bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, yang minggu lalu memberi amaran kepada Anwar bahawa beliau akan dilihat bersubahat dalam pembunuhan beramai-ramai Israel jika enggan membatalkan perjanjian penjualan saham kepada GIP.

Kritikan Akmal terhadap rancangan itu disusuli dengan kenyataan Mohamad dan Nazifuddin, kedua-duanya tidak setuju dengan penyertaan GIP.

Pada Ahad, Mohamad, yang juga menteri luar, mengesahkan dakwaan Khairy bahawa rancangan untuk menjual kepentingan MAHB kepada GIP tidak mendapat persetujuan Kabinet.

“Kita menteri-menteri Umno memberikan pandangan jika boleh perkara ini tidak diteruskan tetapi dia punya transaksi itu sudah terlampau advanced,” kata Mohamad dipetik Utusan Malaysia.

Semalam, Nazifuddin, yang juga anak bekas perdana menteri Najib Razak, dalam serangan tajamnya terhadap kerajaan menyifatkan rancangan penjualan saham itu "meloyakan" dan bersikap "munafik".

"Saya berpendapat bahawa membenarkan atau meluluskan proses pemilikan saham MAHB kepada BlackRock adalah seperti membenarkan musuh kita masuk ke rumah sendiri menggunakan pintu hadapan," kata Nazifuddin.

Ia disusuli serangan penyokong PH di platform X.

"Salam Mohd Nazifuddin Najib. Loya kepala bapak kau!" kata YBudi.

"Sembang tak bayar cukai pu****k bang**t anak beranak," kata Joe Labu, yang mengutuk keluarga bekas perdana menteri itu.

"Apa yang flip flop Nazif? BlackRock masuk Malaysia bila? Macam bagus sangat bela Palestin," kata Md Fairus Muhamad.

Seorang lagi pengguna dipercayai cybertrooper PH, LanGagak, menyasarkan Mohamad: "Tak yah la simpan orang macam Tok Mat. Tak ada prinsip perpaduan. Keras kepala ikut pikir dia je."

Seorang lagi memuat naik komen sinis membandingkan kenyataan Mohamad dengan pendirian presiden partinya Ahmad Zahid Hamidi yang menyokong perjanjian melibatkan GIP.

"Tok Mat tu bukan ada berfikir sebelum buka mulut. Dia takde DNAA yang boleh ditarik balik. Langsung tak ingat member bila bercakap!" kata Faddy, merujuk kepada keputusan mahkamah menghentikan perbicaraan 47 pertuduhan jenayah terhadap Zahid tahun lalu.

Sementara itu, Razali Setapa berkata Akmal gagal membuat kajian mengenai faedah membawa masuk firma seperti BlackRock.

“Kita bercakap soal kepentingan negara bukan dari aspek politik murahan semata,” katanya.

Mohd Rajit Hj Sujak pula merujuk kepada kerjaya perubatan Akmal, dan mengulangi naratif biasa terhadap mereka yang memboikot jenama Barat.

"Ubat-ubat dalam klinik si Akmal tu pun ada share BlackRock. Si Akmal pakai iPhone? Tu pun ada share BlackRock."

Pengguna X, PKS, memetik label "penyakau" yang sering digunakan oleh Anwar ke atas pemimpin pembangkang: "Yang bantah semua geng penyakau... takut tak dapat mengalihkan dana kepada kroni."

Isu BlackRock dilihat antara cabaran utama Anwar sejak dilantik sebagai perdana menteri, di sebalik tuduhan beliau lebih mesra dengan Amerika Syarikat dan Israel berdasarkan kenyataan lampau, termasuk wawancaranya dengan Wall Street Journal pada 2012 yang memetiknya sebagai berkata akan "menyokong usaha mempertahankan keselamatan Israel".



UMNO KINI

ADA DUA GARIS

AMIN

GARIS MAT HASAN

SELAMATKAN

MALAYSIA DARI

ZIONIS YAHUDI

AMIN

SATU LAGI

GARIS ZAHID

SELAMATKAN

DIRI DARI MASUK

PENJARA

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan