Isnin, 10 Jun 2024

WARGA NEGARA UNTUK PENDATANG HARAM


Taklimat kewarganegaraan: “Ia perbuatan khianat” — Prof Murad

PUTRAJAYA — Mana-mana pihak, samada individu, pertubuhan atau parti politik tidak seharusnya menjalankan program atau aktiviti berkaitan taklimat mengenai proses permohonan kewarganegaraan, kecuali pihak kerajaan persekutuan menerusi Jabatan Pendaftaran Negara, tegas Professor Dato’ Dr. Ahmad Murad Merican.

Dalam entri beliau di facebook, kenyataan tersebut merujuk kepada program Taklimat dan penerangan kewarganegaraan anjuran Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Stulang dari parti DAP.

“Ini perbuatan khianat. Tidak boleh dilakukan oleh mana-mana pihak – individu, pertubuhan, parti politik, dll – kecuali kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Pendaftaran Negara. Ujarnya.

Menurut Ahmad Murad, perkara yang tidak melanggar undang-undang tidak semestinya betul dan wajar dilakukan.

“Tidak melanggar undang-undang negara, tidak semestinya betul dan wajar dilakukan.

Ahmad Murad yang juga Profesor sejarah sosial dan intelektual menambah, isu ini menjadi tanggungjawab semua warganegara dan jabatan yang bertanggungjawab untuk menegur kerajaan yang memerintah supaya tidak alpa dengan perkara-perkara berkaitan keselamatan negara.

“Mintalah mereka yang masih rasa tanggungjawab terhadap keselamatan negara, berilah nasihat kepada parti DAP, katanya.

Semalam, Pemimpin DAP Johor mempertahankan program taklimat kewarganegaraan yang dianjurkan Adun DAP, Stulang Andrew Chen dan menegaskan program seumpama itu tidak menjadi kesalahan di sisi undang-undang negara.

Naib Pengerusi DAP Johor Sheikh Umar Ali berkata apa yang mereka lakukan adalah untuk memberi penerangan dan panduan kepada rakyat yang berhadapan isu kewarganegaraan.

Sebelum itu, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ketika mengulas isu tersebut berkata bahawa mereka tidak terlibat sama sekali dalam penganjuran satu program taklimat dan penerangan kewarganegaraan seperti yang tular di media sosial sebelum ini.

JPN dalam kenyataan hari ini menegaskan program itu bukan anjuran bersama jabatan itu, malah tiada jemputan penyertaan ke program terbabit diterima JPN.

Jabatan itu turut menjelaskan sebarang permohonan berkaitan kewarganegaraan hanya boleh dibuat di kaunter Pejabat JPN dengan kehadiran pemohon itu sendiri.– malayadaily.com


CAKAP SAJE

TAK GUNA

AMIN

KOMPLIN SAJA

TAK GUNA

AMIN

TURUN KE JALAN

RAYA SEBELUM

PILIHANRAYA

AMIN

1 ulasan:

  1. cukup 1000 tak tt ?... ejen cia pun jumpa lu .. tak kan lu tak mampu kumpul 1000.. kah kah kah

    BalasPadam