Selasa, 9 Julai 2024

ANWAR BANTU BLACKROCK SERANG PALESTIN ?


Rakyat Palestin larikan diri dari Gaza

SEMENANJUNG GAZA, Wilayah Palestin: Rakyat Palestin melarikan diri daripada pertempuran sengit di Kota Gaza semalam ketika tentera Israel memperluaskan arahan supaya penduduk berpindah.

Pada masa sama, pihak pengantara mempergiatkan usaha menamatkan perang yang kini berlanjutan selama sembilan bulan antara Israel dan pejuang Hamas.

Menurut seorang pegawai, ketua politik gerakan Islam itu memberi amaran perkembangan di lapangan boleh mengancam rundingan yang dijalankan meskipun pihak pengantara iaitu Mesir dan Qatar akan menjadi tuan rumah bagi mesyuarat baharu minggu ini.

Tentera dan kereta kebal Israel ketika ini melakukan serangan di bahagian utara Kota Gaza dalam percubaannya memerangi kumpulan Palestin yang menyatakan mereka mengerahkan bahan letupan bersama-sama dengan tembakan roket serta mortar terhadap tentera Israel.

Sayap bersenjata Hamas, Briged Ezzedine Al-Qassam menyifatkan pertempuran di Kota Gaza sebagai yang paling sengit dalam tempoh beberapa bulan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, puluhan ribu orang terjejas susulan arahan pemindahan yang dikeluarkan.

Saksi berkata, mesej bagi menggesa orang awam meninggalkan kawasan kejiranan Al-Daraj dan Al-Tuffah di Gaza disampaikan melalui pembesar suara.

Golongan wanita mendukung anak kecil, manakala golongan tua dilihat membawa beg galas atau berjalan dengan beg disangkut di bahu melalui jalan berdebu susulan kemusnahan dahsyat akibat serangan Israel.

Tentera Israel menggesa rakyat Palestin meninggalkan bahagian barat Kota Gaza, memperluaskan zon pemindahannya di bandar terbesar di wilayah itu melalui arahan ketiga dalam tempoh kurang dua minggu. AFP




WARGA GAZA

MATI DIBUNUH

ZIONIS YAHUDI

AMIN

ANWAR IBRAHIM

JUAL 39 AIRPORT

MILIK MALAYSIA

BERI MONOPOLI

46 TAHUN PADA

BLACKROCK

AMIN

BLACKROCK 

SYARIKAT

ZIONIS YAHUDI

PEMBEKAL SENJATA

PADA ISRAEL

KHALAS

3 ulasan:

  1. d Malaysia nampak Madani pejuang reformasi, keadilan, nampak baik kahkahkah

    BalasPadam
  2. PM yg nampak baik pun X leh picaya kahkahkah

    BalasPadam
  3. Dana BlackRock Mula dapat bila Muhyiddin bagi urus Dana kwsp. Suit untung Tu Beli senjata pada Israel.

    BalasPadam