Nurul Izzah kecam retorik perkauman, fitnah dalam kempen PRK Sungai Bakap
PKR kecewa dengan serangan berbaur perkauman sempit dan fitnah jahat yang digunakan oleh pihak pembangkang untuk mempengaruhi sentimen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sg Bakap, kata Nurul Izzah Anwar.
Naib Presiden parti itu berkata, adalah mengecewakan apabila Perikatan Nasional (PN) menggunakan taktik sebegitu untuk mempengaruhi pengundi.
“Bagaimanapun kita mesti berusaha untuk mengembalikan perbahasan, sesi maklumat dan usaha yang berfokus kepada isu-isu teras seperti kebajikan awam, pendidikan anak-anak serta pembangunan infrastruktur dan memastikan pembangunan seimbang antara kawasan Pulau dan Seberang Perai.
“Keputusan yang dibuat oleh pengundi dihormati. Kami menyambut cabaran tersebut. Kita kini mesti mengemudi untuk memastikan kita membuat perubahan yang diperlukan demi kebaikan rakyat,” katanya malam tadi.
Kenyataannya dibuat susulan kekalahan mengejut PH apabila calon mereka Dr. Joohari Ariffin, 60, tewas dengan majoriti lebih 4,000 undi kepada calon PN Abidin Ismail, 56.
Kerusi tersebut kosong berikutan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff dari PAS pada 24 Mei.
Terdapat 39,279 pengundi berdaftar dalam PRK Sg Bakap dengan peratusan keluar mengundi yang mengecewakan sebanyak 63% - di bawah jangkaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang mahukan sekurang-kurangnya 75% untuk memastikan gabungan perpaduan nasional bersaing dalam PRK tersebut.
Demografi pengundi adalah 59% Melayu, 22% Cina, 17% India, dan 0.71% lain-lain. – 6 Julai, 2024.
Gua lalu kat blog ni sekadar penglipur lara lepas penat kerja. Ilmu habuk pun tarak. Sama mcm jaman dulu penglipur lara di sampaikan Tok Selampit, tempat org kampung santai setelah penat ke sawah, kebun atau ke laut. Bezanya Tok Selampit sekarang pandai tulis blog kah kah kah.
BalasPadamNAK JADI BAIK
BalasPadamSILA JAGA
KUBUR NABI ???
biar betul kalau nak jadi baik kena jaga kubur nabi?
sebab boleh bagi salam kepada baginda nabi SAW secara terus dan directly ??
kahkahkah
ini semua kes nak menipu Melayu. berapa punya ramai yang kaki rasuah kasi songlap duit pergi ziarah rumah Allah dan kubur nabi balik ke tanah melayu sambung rasuah dan songlap duit.
amen
Last2 bini anak suami enjoy d menjoy untung politik reformasi kahkahkah
BalasPadamnk jdi baik jgn terpedaya dgn auta reformasi kahkahkah
BalasPadam